Followers

Tuesday, 2 July 2013

Hoi! Final Exam kali ke-4

Salam...
Pergh rupanya sudah hampir setahun blog ini tak pernah diupdate ....
Diam tak diam perjalanan aku dah hampir 2/3 sebelum menghabiskan BLS ni...
Minggu ni minggu peperiksaan dan sudah pasti sibuk tak berhenti...
Mohon kalian doakan kejayaan aku dalam final exam semester 4 kali ini...

Post kali ini yang terpendek dalam blog ini...
Harap-harap hati ni kembali terbuka untuk mula menaip seperti dahulu...
Akhir sekali, Hoi! aku rindu menaip kembali!!!


Monday, 16 July 2012

Hoi! IMPIAN dan KENYATAAN

Apa agaknya yang membezakan perkataan "IMPIAN" dan "KENYATAAN" di dalam kehidupan kita semua?. Jikalau difikir-fikirkan semula 2 perkataan yang berbeza inilah yang sebenarnya mempengaruhi setiap perkara dan perbuatan di dalam kehidupan seharian kita sebagai insan yang hidup di muka bumi ini. 

     Tanpa sedar kita semua sebenarnya telah pun mempunyai impian sebaik sahaja kita mampu berkata-kata seawal usia 3-4 tahun lagi. Siapa yang masih teringat kenangan ketika berusia 3-4 tahun dan mula petah untuk berbicara, kita mula meminta sesuatu dari ibu bapa kita, mengimpikan mempunyai alat-alat permainan yang menjadi kegilaan rakan-rakan sebaya. Jika tidak teringat sebab ketika itu masih kecil mungkin dengan memerhatikan keadaan sekeliling dan anak-anak yang dikalangan usia yang pujangga sebutkan tadi perkara sama pasti akan dapat dilihat. Anak-anak sekarang makin dimanja dan disuapkan dengan kebendaan, secara tidak langsung mereka berani untuk mempunyai impian untuk mendapatkan sesuatu yang sebenarnya diluar kemampuan orang tua mereka.

     Bagaimana pula dalam konteks golongan dewasa? Anda pernah teringin untuk mempunyai kereta atau sesuatu barang yang sudah lama diidamkan? Itu sebenarnya yang dinamakan impian. Walaupun impian ini sebenarnya mampu dicapai , itu pujangga gelarkan sebagai impian terlaksana. Kalau kita pergi secara mendalam sikit akan perkara berkaitan impian ini, entah berpuluh kali kita telah pun kecewa kerana tak semua impian ini mampu terlaksana. Bukan kerana kita ni tiada usaha untuk cuba mencapaikan impian itu sebaliknya perkataan kenyataan yang membayangi kegagalan impian kita semua.

     Apa sebenarnya definisi Kenyataan ini? kenyataan bagi pendapat pujangga adalah sesuatu perkara yang munasabah dan sesuatu yang realiti bukan fantasi. Antara contoh kenyataan yang seringkali berlaku adalah kita seringkali iri hati dengan kekayaan orang lain dan kenyataannya adalah mereka memang kaya secara keturunan dan kenyataan bagi kita pula ada mengikut rasional kita memang tak mampu nak ikut cara hidup orang kaya. Mungkin kita mengimpikan untuk berkawan dengan seseorang yang popular di tempat kita belajar mahupun bekerja tetapi kenyataannya kita akan terpaksa bersaing dengan ramai lagi manusia yang mempunyai impian yang serupa dengan kita. Selalunya kenyataan ini adalah benda yang pahit kerana kenyataan adalah sesuatu perkara yang realistik manakala kebanyakan dari kita hidup dengan fantasi dan impian yang materialistik. Mungkin nampak berbelit apa yang pujangga sampaikan ini * tapi takdalah serumit blog Jaya Negara* hehe.


     Kesimpulannya entri kali ini bukanlah berbentuk fakta seperti selalunya sebaliknya hanya sedikit diskusi ringkas mengenai dua entiti yang dinamakan impian dan kenyataan. Kedua-duanya tanpa disedari mempunyai perkaitan antara satu sama lain sekaligus mempengaruhi hidup kita. Pujangga rasa mungkin tak ramai yang berminat nak membaca mengenai entri ini tapi tak mengapa kerana pujangga akan membuat beberapa entri lagi sepanjang cuti ini. Semua perbincangan dan entri-entri yang memberatkan minda ini hanya di Hoi! AMIRUL ARIF

salam

Saturday, 2 June 2012

Hoi! Semangat Kenegerian Menjahanam Bangsa

Selamat bertemu kembali setelah pujangga agak lama menyepikan diri dari dunia blogging ini. Pujangga tergerak hati untuk menulis topik kali ini iaitu "Hoi! Semangat Kenegerian Menjahanam Bangsa" atas sebab pujangga lihat isu ini makin membebankan pemikiran ramai masyarakat Malaysia yang sedia maklum memang penuh masalah. Tanpa membuang masa, silakan membaca sedikit sebanyak ulasan ringkas pujangga mengenai semangat kenegerian ini hanya di Hoi! AMIRUL ARIF.

Percaya atau tidak,pujangga sebenarnya telah menjumpai salah satu faktor yang mungkin menyebabkan mengapa begitu mudah masalah perkauman antara kaum iaitu Melayu,Cina dan India mahupun Bumiputera berlaku kebelakangan ini. Bak kata pepatah "semut di seberang lautan nampak jelas,bangkai gajah depan mata tak nampak" kita sebenarnya terlampau memfokuskan isu yang besar iaitu perkauman sedangkan masalah semangat kenegerian tak dapat ditangani. Jangan sesekali kita beranggapan bahawa peristiwa 13 MEI 1969 yang melibatkan dua KAUM iaitu MELAYU dan CINA tak akan berlaku lagi sebaliknya kita perlu berwaspada akan kemungkinan berlaku insiden yang lebih dahsyat lagi iaitu  rusuhan antara NEGERI atau semangat kenegerian terutamanya dalam kalangan orang MELAYU sendiri. Fikir-fikirkan.

Adakah semangat kenegaraan tidak sepenting semangat kenegerian?
Apa sebenarnya yang dikatakan semangat kenegerian ini? ikut pemahaman pujangga , semangat kenegerian ini bermaksud semangat taksub akan negeri kelahiran dengan mengagungkan dialek percakapan, makanan, cara bersosial dalam kehidupan seharian.Masalah yang membuatkan ramai antara kita yang tidak bernegeri ini adalah bila kelompok-kelompok yang mengagungkan semangat kenegerian lebih dari semangat kenegaraan ini makin melampau dan meloyakan tekak dan mata masyarakat yang memandang. Kenyataan ini bukan untuk mencetuskan kemarahan mahupun ketidakpuasan hati mana-mana pihak sebaliknya ikhlas untuk memberi teguran tentang masalah yang akan berlaku sekiranya perkara ini tidak ditangani.

Pujangga akan memberikan beberapa contoh, masalah dan situasi bagi menjelaskan mengenai masalah ini :
  1. Insiden ini yang paling kerap berlaku di negara kita, seringkali kita melihat terdapat kelompok-kelompok mahupun kumpulan yang berpaksikan negeri-negeri di Malaysia ini ketika di sekolah, universiti, tempat kerja mahupun sekeliling kita. Sikap kelompok-kelompok ini yang kononnya terlampau "mencintai" negeri, makanan dan masyarakat senegeri ini sehingga sanggup menganggap anak-anak dari negeri mereka adalah yang terbaik dan penuh nilai positif sehingga tidak boleh bergaul dengan rakan-rakan yang bukan senegeri. Perlukah sesama rakan yang beragama Islam dan berbangsa Melayu bersikap sombong,hanya berbahasa dialek sendiri dan mengasingkan diri dari rakan-rakan hanya kerana bukan senegeri? Adakah ini yang didambakan oleh YAB Perdana Menteri yang memperkenalkan semangat 1 MALAYSIA???
  2. Situasi ini boleh dijumpai di universiti-universiti tempatan di Malaysia. Pernah atau tidak saudara mahupun saudari mendengar Persatuan Anak Sarawak, Persatuan Anak Kelantan, Persatuan Anak Kedah dan sebagainya? Bagi pujangga, kewujudan persatuan komuniti seperti ini adalah baik kerana dapat mengeratkan hubungan sesama anak negeri di perantauan ataupun universiti yang jauh dari negeri halaman akan TETAPI beberapa aktiviti yang dianjurkan mungkin secara langsung atau tidak langsung menguris hati anak-anak negeri lain mahupun anak-anak wilayah. Adakah wajar sekiranya aktiviti seperti jamuan hari raya,sukaneka,bertemu pemimpin mahupun majlis tidak rasmi yang diadakan hanya dihadkan kepada pelajar-pelajar dari negeri mereka sahaja? kenapa tidak dibuka kepada umum dan ditonjolkan penganjurannya adalah oleh kerajaan mahupun persatuan anak negeri? Penyelesaian ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat. Jika masalah bajet menjadi ukuran,mungkin dengan mengehadkan kuota dapat membantu sebagai contoh majlis hanyalah untuk 150 terawal. 
  3. Semangat kenegerian akan memuncak dan mencapai klimaks apabila melibatkan acara sukan sebagai contohnya bola sepak. Tak kira samada negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Pahang, Melaka, P.Pinang, Selangor, Perak, N.Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor mahupun Wilayah Persekutuan pasti mempunyai penyokong-penyokong sendiri yang kebanyakannya obses dan fanatik dengan semangat kenegerian. Semangat menyokong negeri kelahiran sekaligus menyokong bola sepak tempatan amatlah digalakkan tetapi adakah perbuatan menghina penyokong negeri lain,bergaduh sesama sendiri dan permusuhan antara negeri boleh dibiarkan??? Contoh semangat kenegerian menjijikkan yang terbaru adalah bila ada penyokong sebuah negeri ini nekad mahu memboikot skuad Malaysia hanya kerana pemimpin tempatan mereka dikenakan tindakan oleh FAM. Pemikiran sempit seperti inikah yang akan memajukan bola sepak Malaysia aka HARIMAU MALAYA?
Pujangga rasa situasi,contoh dan penyelesaian di atas akan membuka sedikit sebanyak mata rakyat Malaysia atau setidak-tidaknya mata pembaca-pembaca blog Hoi! AMIRUL ARIF ini .Perkara ini mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pihak, percayalah selagi belum terkena takkan terasa. Malaysia ini adalah negara yang kecil yang berbilang bangsa dan budaya,jangan ditambah lagi masalah di Malaysia ini dengan Semangat Kenegerian Yang Menjahanam Bangsa terutama antara kaum Melayu yang semakin lemah ini. Bukalah mata wahai rakyat Malaysia,cintailah negerimu dan sanjungilah negaramu. 

Sekian Terima Kasih -pujangga-


Wednesday, 8 February 2012

Hoi! Selawat Fatih

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pelawat dan pembaca blog picisan Hoi! AMIRUL ARIF ini. Antara sedar tak sedar, masa makin pantas berlalu dan hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi ja cuti semester pujangga.

Kali ini pujangga nak berkongsi satu selawat yang paling "power" bak kata Ustazah Azizah yang ajar TITAS@CTU pujangga masa semester lepas. Beliau menggalakkan untuk membaca selawat ini sekali sehari dan setiap kali sebelum bermulanya kelas TITAS. Sebelum ini secara jujurnya pujangga sendiri tak pernah dengar mengenai Selawat Fatih@Fateh@Al-Fatih ini. Mula-mula memang pujangga sendiri terdetik kat hati kenapa ustazah ni pentingkan sangat selawat Fatih ni, tapi mungkin setiap apa yang ustazah Azizah ajari ini ada fakta dan kebenarannya

Tanpa membuang masa,di bawah ini pujangga kongsikan bacaan dan maksud Selawat Fatih untuk pembaca sekalian:


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ


Terjemahannya :

Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar


Bagi memudahkan lagi untuk anda semua menghayati dan menghafal selawat ini, di bawah ini pujangga selitkan video selawat fatih hanya di Hoi! AMIRUL ARIF :


Fadhilat atau kelebihan membaca selawat ini adalah seperti berikut :
  • Barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap kali selepas sembahyang, segala dosa-dosa kecilnya diampuni Allah dan hatinya menjadi tenteram.
  • Barangsiapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarganya dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.
  • Jika dibaca 100 kali setiap hari, seseorang akan dimudahkan Allah untuk mendapat jodoh bagi lelaki atau wanita.
  • Untuk menjaga hati kita , untuk melembutkan hati dan bagi hati kita mudah menerima hidayah,cahaya iman ,pelajaran dan ketenangan hati.
  • Yang terakhir ini pujangga ingat apa yang ustazah pujangga katakan bahawa jika amalkan selawat fatih ini akan terbuka pintu rezeki di langit. wallahua'lam

Saturday, 4 February 2012

Hoi! Ustaz Don Daniyal Don Biyajid


Sila hayati video ini dan bukakan hati anda untuk menontonnya sehingga tamat


Sudahkah anda menonton video di atas? Pujangga takkan menyalahkan anda sekiranya ada air mata kini mengalir deras di pipi kalian. Paling kurang, pujangga yakin pasti akan tersentuh sedikit hati anda pabila melihat video "Anak Asset ke Syurga atau Neraka?" yang disampaikan ustaz muda yang bernama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ini.

Kesimpulan yang dapat pujangga buat selepas melihat video ini adalah sebagai seorang anak, tugas kita bukan sahaja untuk belajar dan mengharumkan nama ibu bapa semasa mereka masih hidup sebaliknya mengambil tanggungjawab serta belajar untuk menguruskan ibu bapa kita sekiranya mereka meninggal dunia. Perkara yang paling terkesan sekali di hati pujangga adalah bila Ustaz Don bercakap mengenai pentingnya jika seorang anak memandikan sendiri jenazah orang tua mereka sendiri bagi mengelakkan ada cakap-cakap buruk orang luar sekiranya terdapat keaiban jenazah yakni ibu bapa kita sendiri.

Gambar sekadar hiasan (kursus mandikan jenazah)
Benar ! Ya ! tanpa ragu pujangga bersetuju kerana ibu bapa kita adalah tanggungjawab kita dan memandikan jenazah mereka boleh dianggap jasa terakhir kita buat mereka sebelum dikebumikan. Di hati kecil pujangga bagaikan ditarik-tarik untuk belajar pengurusan jenazah dan cara untuk solat jenazah sebagai tambahan ilmu fardhu kifayah di dalam hidup. Adakah pembaca dan pelawat Hoi! AMIRUL ARIF ini juga dapat rasakan benda yang sama? Malas pujangga nak bercerita panjang,pastinya anda yang menonton video di atas lebih memahami apa yang anda rasakan. wallahua'lam


Pasti ramai yang ingin mengenali Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dengan lebih dekat kan? Di bawah ini pujangga akan karangkan sedikit sebanyak biodata mengenai ustaz Don ini : 
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Pekerjaan:Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),Pendakwah bebas
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV: 30 Minit Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)

Haaa amacam? jangan dok ingat golongan ustaz-ustaz sekarang ni tak reti bergaya. Penampilan yang lebih dekat dengan anak muda kini secara tidak langsung menambahkan minat anak muda sekarang untuk mendengar ceramah dari ustaz Don. Alhamdulillah diharapkan dengan kehadiran Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Azhar Idrus memberi ceramah dapat menegakkan lagi syiar Islam di Malaysia.
Nak tengok lagi banyak video Ustaz Don Daniyal?

p/s: pujangga suka tengok rancangan 30 minit Ustaz Don....serius sedap cara beliau menyampaikan ceramah dengan meletakkan emosi didalamnya manakala Ustaz Azhar letakkan unsur-unsur lawak... MANTAP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...