Followers

Sabtu, 22 Mei 2010

Hoi!!!Salah Siapa?Kita makin LEKA..

Hendak dijadikan cerita, Hoi!!! AMIRUL ARIF ingin berkongsi sekali lagi tajuk Salah Siapa?Kita makin LEKA..Jadi ini kiranya post remix atau penambahbaikan dari post yang pernah diterbitkan dulu..Berkenaan tajuk kali ini,pujangga bukan nak bercerita tentang kes BUNG MOKHTAR RADIN, kekalahan BN DI SIBU , kes LIWAT ANWAR mahupun perbalahan dikalangan BLOGGERS2 LAMA..

      Perkara yang pujangga nak bangkitkan ni,mungkin ada ramai yang setuju dan mungkin ade ramai yang menge'boo' atau kata pujangga hipokrit.....Apapun, benda yang pujangga nak kongsikan kali ini tentang SOLAT JUMAAT.seperti yang kita tahu,semua lelaki yang beragama ISLAM serta cukup syarat kena SOLAT JUMAAT.....Kalau nak diikutkan di Malaysia ni,Alhamdulillah..berduyun-duyun orang datang masa SOLAT JUMAAT tuh...kiranya sampaikan kat jalan di luar masjid atau surau pun boleh penuh dengan umat manusia(x kirala samada niat nak solat atau tunggu makanan free yang ditaja lepas solat..hehe)...tapi apa masalahnya sekarang ni pujangga?hmm benda yang jadi masalah dan menarik perhatian pujangga masa pergi SOLAT JUMAAT ni adalah tentang ketahanan nafsu ngomong(bercakap) serta penumpuan mata dan hati semua dari kita ni mendengar khatib mmbaca khutbah.....

 tempat pujangga SOLAT JUMAAT(gambar sekadar hiasan)
kenapa pujangga ckp SOLAT JUMAAT kat surau?dah memang tiap2 ari jumaat pujangga solat kat SURAU AL-MUHAJIRIN ni.x percaya?klik jer nama @ gambar SURAU AL-MUHAJIRIN 

Sebelum pujangga mula membebel kat Hoi!!! AMIRUL ARIF ni..jom sambung..Sahabat-sahabat semua perasan tak setiap kali kita pergi SOLAT JUMAAT,x kira di mana sahaja, macam2 gaya manusia yang disajikan kepada kita masa khatib menyampaikan khutbah ni...contohnya:

1)ada PAKCIK ni,kalau diusha dari BELAKANG, memang orang tengok pakcik nih khusyuk yang amat bila dengar khutbah tuh..hmm mengangguk2 dia paham.bila khatib kuatkan suara masa sampaikan point2 penting masa khutbah tuh,lagi kuatla pakcik ni mengangguk..angguk-angguk,geleng-geleng pakcik nih bukannya sebab dia paham apa yang khatib sampaikan tapi sebab pakcik ni TERTIDUR(memang boleh niat iktikaf masa tidur kat masjid tapi ingat itu masa orang belum mulakan khutbah) Kalau tidur diam2 xpa,ini dengan gaya tido masing2....kuak lentang la,kuak kupu2la....selamat kuak badak@gajah xda.lagi x bole diterima kalau ada yang ngorok(berdengkur)..macam mana anak2 muda nak ikut kalau mereka yang lagi senior pun x tahan godaan tido semasa khutbah...bak kata pujangga dahulu kala,"ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus , sedangkan diri sendiri jalan tak betul"

2)wujud pula nanti sekumpulan anak2 REMAJA kang cari port berkumpul masa khutbah..kalau duduk sama2 pastu khusyuk dan diam masa dgr khutbah xpa...ni masing2 wat mesyuarat tingkap(kalah pah bedah  dgn che joyah) masa tok khatib habis air liur sampaikan khutbah....bukan tu jer, setakat cakap2 tuh..pujangga boleh terima lagi (walaupun pahala jumaat memang dah burn),ini kadang2 sampai siap main game kat hp @ psp masa orang bagi khutbah..memang KURANG AJAR anak2 sekarang nie yer?.korang ingat,orang bagi khutbah tu setakat untuk cukupkan syarat SOLAT JUMAAT je ker??banyakla ko!!!

dengar diam2 macam inikan boleh..ihsan rakan2(gambar sekadar hiasan)

       Tujuan sebenar orang sibuk2 bagi khutbah tu sebab nak bagi ingatan x pun nasihat tentang apa yang berlaku kat keadaan skeliling kita ni...(kalau dah tahu diri tuh malas baca paper,dengar khutbah pun dah boleh tau semua berita penting..PERCAYALAH).Buat penat jer orang yang keje kat JAKIM buat teks ucapan khutbah tiap2 minggu kalau x da sesiapa DENGAR!!!.....korang mesti rasa pelik kenapa pujangga sibuk tentang apa yang orang lakukan semasa SOLAT JUMAAT ..bukan apa,kalau diikutkan akal serta minda yang kita ada ditambah lagi dengan penglihatan kita ni, korang semua perasan x  penganut2 agama lain kalau pergi mereka punya tempat ibadat,ada ker yang buat macam kita semua?ada ker bila pemimpin agama mereka bagi ucapan jer,mereka TERTIDUR @buat kerja lain??(kalau adapun,x tahu la ea)....Memang dah dijanjikan bahawa umat NABI MUHAMMAD S.A.W. ini akan masuk ke SYURGA dahulu sebelum umat2 nabi yang terdahulu...tetapi kita x pernah bersyukur tentang ni...Kita semua masih LEKA dan ALPA di kala mereka di sebelah sana mentertawakan diri kita semua..fikir-fikirkanlah WALLAHUALAM

*pujangga sekadar memberikan pendapat mengikut pemerhatian pujangga sendiri,jika ada kesilapan atau pembetulan,adalah amat2 dialu-alukan.."apa yang baik datangnya dari Allah(swt),dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah(swt)  tetapi disandarkan keatas diri saya sendiri"

13 Komen Hoi!!!:

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

Kali nih, Hoi!!! AMIRUL ARIF selitkan unsur keagamaan pada entri ini untuk renungan bersama...sebarang pendapat atau komen?

kenwooi berkata... [Reply]

being faithful to the religion is important =)

Loyar Lawa berkata... [Reply]

cayalah bro...entri bagus

░♥si lampu neon♥░ berkata... [Reply]

alhamdulillah...dgrlah kutbah k..kat rumah aku pun dgr sampai bilik aku nih.

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

haha samala..surau dpn umah aku je pon..hehe

miya berkata... [Reply]

bagus2. lama tak dengar khutbah,

eh slap. stiap jumaat dengar je. cuma tak faham T__T

faizz berkata... [Reply]

ada gak yg tak g langsung tanpa segan silu...kita yg pompuan ni lak yg segan...lagi ada yg gi soalat Jumaat semata-mata nak solat...Khutbah2 tak nak dengar nak cepat...maklumlah 2 rakaat jer..mcm2 org zaman sekarang...alpa

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

miya=kdg2 sama gak..khutbah meleret tp kea la tahan...

faizz=da di akhir zaman..wallahualam

pawaka19 berkata... [Reply]

o.k lagi diorang solat..tapi ada lak budak2 yang lepak kat motor sembang2..ngah sembahyang diorang da balik dulu

Pawaka19 Dot Com
"simcard anda telah memenangi peraduan? " taktik terbaru si penipu

akuvision berkata... [Reply]

macam - macam hal yang dapat dilihat masa hari jumaat, ada yang balik cepat dari pejabat konon2 nak siap gi sembahyang jumaat tapi balik rumah tidur

maCy berkata... [Reply]

ade eh smpi dengkur? huhu

Aisya berkata... [Reply]

sy xsuke lelaki yg xg sembhyang jumaat..!! kihkih

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

selamat hingga stakat nih saya g..hohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...