Followers

Khamis, 24 Jun 2010

Hoi!!! Ariel Direjam dan Bersalah???



Hoi!!! AMIRUL ARIF kali ini mahu membawa kronologi sambungan kepada kes penyebaran video lucah ARIEL PETERPORN serta beberapa orang wanita seperti CUT TARI dan LUNAMAYA..Panas!!! selepas kehebatan ARIEL di ranjang terbongkar dan menjadi tatapan umum,kini wujud pelbagai desakan untuk si pelaku zina ini dihukum rejam(Tubuh penzina sepatutnya ditanam separuh badan dan dibaling batu sehingga mati)...Sanggupkah pihak berkuasa INDONESIA menurut kehendak ramai atau meneruskan siasatan terlebih dahulu? Pujangga menyelitkan di bawah ini,3 artikel kronologi kes video lucah PETERPORN ini yakni dari perhimpunan mendesak si pelaku zina direjam,PETERPORN menyerah diri dan polis mengesahkan PETERPORN sebagai suspek utama...Sebelum meneruskan pembacaan, diharap para sahabat sekalian dapat membuka minda serta hati dan tidak mengikut perasaan sehingga mengaibkan insan yang lain..Teruskan membaca hanya di Hoi!!! AMIRUL ARIF :


 Apa akan jadi jika perhimpunan ini diadakan di MALAYSIA???


Sejumlah penunjuk perasaan di sini semalam menuntut penyanyi terkenal Indonesia, Ariel dihukum rejam sampai mati berhubung skandal klip video lucah yang turut melibatkan dua wanita mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.
Seorang jurucakap sebuah kumpulan Islam berkata, Ariel yang berumur 28 tahun dan seorang duda sepatutnya dihukum rejam sampai mati bersama Cut Tari yang merupakan seorang pengacara televisyen terkenal.
“Tubuh penzina sepatutnya ditanam separuh badan dan dibaling batu sehingga mati,” kata seorang penyelaras protes itu, Fadilah Karimah.
Tunjuk perasaan itu dilakukan semasa klip video itu masih boleh dilihat di Internet.
Menurut perangkaan, Indonesia mempunyai kira-kira 40 juta pengguna Internet. – AFP



gambar PETERPORN 1 &2..pandai main, pandai2 lah bertanggungjawab ye...


JAKARTA – Seorang penyanyi terkenal yang pernah menjadi vokalis band Peterpan, Ariel menyerah diri kepada polis sebelum ditahan semalam berhubung dua klip video lucah yang menampilkan pelakon wajah miripnya bersama dua wanita juga memiliki wajah mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.
“Ariel menyerah diri pada pukul 3 pagi selepas polis menamakannya sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi.

“Jika dia tidak menyerah diri, kami akan menangkapnya,” kata seorang penolong jurucakap polis, Zainuri Lubis.
Ariel sebelum ini berulang kali menafikan terlibat dalam video seks itu.
Dalam klip video seks yang pertama, seorang lelaki mirip Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang memiliki wajah seperti pengacara terkenal, Luna Maya.
Buat masa ini, Luna Maya merupakan kekasih kepada Ariel.
Satu lagi klip video menunjukkan seorang lelaki juga mirip Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan seorang lagi wanita yang wajahnya mirip pengacara popular, Cut Tari.
Cut Tari merupakan bekas kekasih Ariel dan kini sudah bersuami.
Ariel berdepan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah melanggar undang-undang antipornografi.
Dia juga mungkin akan dihukum penjara sembilan bulan kerana melakukan perzinaan.
Skandal klip video itu telah menggemparkan Indonesia sehingga Ariel digelar sebagai Peterporn di kalangan pengguna-pengguna Internet. – Agensi


Hah x boleh mengelak la cik abg PETERPORN oi..DAH SAH tu !!!

JAKARTA: Pihak Polis Indonesia hari ini telah secara rasminya mengesahkan bahawa bekas vokalis kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah 'peterporn' yang dipercayai dilakukannya (Ariel) secara berasingan dengan 2 perempuan yang juga merupakan selebriti negara itu.Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi semasa mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara untuk membolehkan siasatan dilakukan ke atasnya di atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.
Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia boleh dianggap telah melanggar hukum,” katanya kepada portal detikhot.com hari ini.Tambah pegawai polis itu lagi selain Ariel, dan dua wanita yang dikaitkan dengannya iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi.Luna Maya dan Cut Tari mungkin akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya.Portal hiburan itu melaporkan, Ariel dan dua artis wanita itu akan menjalani ujian forensik hari ini yang akan dilakukan oleh lima pegawai perubatan.Brigidier Jeneral Polis, Mussaddeq berkata, ketiga-tiga artis itu akan menjalani tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan pada organ tubuh yang dipanggil anatomi forensik, masalah kepada riwayat tubuh (antropologi forensik) dan pemeriksaan gigi (odontologi forensik).Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 pagi ini (10.30 pagi waktu Malaysia) Luna Maya dan Cut Tari masih belum muncul untuk menjalani pemeriksaan tersebut.Sementara itu sumber polis berkata, Ariel yang ditahan di penjara sejak semalam dilaporkan kurang sihat kerana tidak biasa berada dalam tahanan.Keadaan kesihatan Ariel itu tiba-tiba menurun selepas dia dikenal pasti sebagai suspek utama kes tersebut. Dia juga sudah diberikan pakaian sebagai tahanan penjara.Video lucah melibatkan Ariel dan Luna Maya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu dan ia dipercayai turut dijual secara haram di negara ini.


Hoi!!! AMIRUL ARIF tidak boleh berkata banyak mengenai hukuman rejam atau rotan yang disaran kan oleh sesetengah pihak kerana  ia memang termaktub dalam Al-Quran....tetapi kita sebagai manusia kenalah memastikan kebenaran sesuatu cerita sebelum dapat menentukan hukuman terhadap si pesalah...Jangan diturutkan nafsu amarah sehingga ia dapat membutakan mata zahir dan mata hati kita semua..renung-renungkanlah ayat2 Al-Quran di bawah sebagai panduan kita semua..


"Penzina lelaki atau wanita yang telah berkahwin dikenakan hukuman rejam (lempar
batu di khalayak ramai) hingga mati. Bagi yang belum berkahwin pula dikenakan hukuman rotan sebanyak 100 rotan.


Firman ALLAH S.W.T:"Penzina wanita (belum kahwin) dan penzina lelaki (belum kahwin) kedua-duanya hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan janganlah kamu melahirkan rasa belas kasihan kepada mereka berdua hinggakan kamu tidak sanggup
menjalankan hukum ALLAH jika kamu beriman ALLAH dan hari akhirat." - Surah al-Nur: 2"

8 Komen Hoi!!!:

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

Mari berkongsi sebarang pendapat tentang artikel terbaru Hoi!!! AMIRUL ARIF..

~ ReD ~ berkata... [Reply]

errmmm...no comment la pasal isu ni.. yang penting, org yg bsalah wajib dihukum

A-Y-I-E berkata... [Reply]

hahahhahahha... aku dah agak dah.. manusia tidak boleh lari dari kesilapan.. satu hari nnt dia akan mengaku juga.. bodoh...

miMiE aZiMaSK ^V^ berkata... [Reply]

huhuhuuh tuh laaa... buat benda haram semua tuh indah,... cuber buat secara halal...kan lebihhhh indah...



alert : minta delete.. ada di semua pc di dunya.. propaganda zionist ...

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

betul2..sokong ngn pendapat kalian..bangkai gajah xkn dpt ditutup dgn nyiru

niesz berkata... [Reply]

ish..xsuda2 la si peterporn nie..lpas ni pae lak la yg die wat lg..

Wawa~* berkata... [Reply]

aiyak. wat hukum hudud kan bagus. tp nnt ade je pihak nk pertikaikan. padahal hudud ni mmg elok utk elak jenayah dan perkara mungkar jangka panjang

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

yup2...pandangan yang bagus tuh wawa..tp kebanyakan negara x berani laksanakan hudud...negara arab ja yg kebanyakannya laksanakan hudud T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...