Followers

Rabu, 30 Jun 2010

Hoi!!! Tips-tips bila bengang dengan ROOMATES

Hoi!!! AMIRUL ARIF pada entri kali ini hendak berkongsi tips2 menarik dengan para pembaca sekalian jika kalian pernah berhadapan  masalah dengan roomates...Pernah tak para pelawat dan pembaca Hoi!!! AMIRUL ARIF rasa bengang yang amat kat roomates korang??? Ini penyelesaian yang dapat pujangga kongsikan bersama anda semua :

1. Setiap hari Khamis(kalau di utara,kat lain2 tempat jumaat), kemas segala barang anda dan bagitau kat roomate anda nak pergi overnight. Selepas sejam, balik ke bilik sambil buat muka bodoh terangkan bahawa takde orang nak drive. Unpack segala barang anda dan pergi main game atau berchatting.

2. Setiap kali roomate anda balik, jerit sekuat hati " akhirnya roomate kesayangan aku da balik...yeaaa!!!". Kau usha-usha muka dia dalam 5 minit. Lepas tu, tenung handphone lama-lama dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg ni???"

3. Berlakon mengigau dengan dahsyatnya semasa tidur malam, jerit kuat2 " Aku dah x sanggup tgk muka kau lagi...ARGHHH!!!" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik tidak besar, cukuplah sekadar berguling2 di lantai dalam seminit.Kemudian, sambung tidur. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tidak tahu pape dan kata"apa yang ko merepek nih sahabat?".

4. Ambil kertas, buat bulatan kecil dan lekatkan kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Aku rasa aku dah tak lama...maafkan anakmu wahai ibu"

5. Beli bear beruang atau barbie. Bercakap dan bermain dengan bear atau barbie tu setiap hari. Selepas 2 minggu, bergaduh dengan bear@barbie tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang bear@barbie tu di luar bilik,kemudian kutip semula dan cakap "aku maafkan kau sahabat.."


jangan sebab bengang ngn roomate,kita lak jadi gilerr..keh3

 6. Beli pisau lipat banyak-banyak. Asapkan setiap malam sambil merenung roomate anda sambil berkata "Aku mahukan darah!...Aku mahukan darah!..."

7. Duduk didepan laptop empat ke lima jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Kenapa screen ni hitam ja?Siot betulla."

8. Setiap kali roommate balik, terus anda tunggu depan pintu sambil menutup lampu. lepas dia keluar, kunci pintu dan menjerit dgn kuat "Yahooo...!"..

9. Pakai topeng ultraman atau hello kitty. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke Cartoon Network...Anda mahu bergambar dengan saya??"...Lepas tu buat muka bodoh, sambil buka topeng dan berkata "Alahhh, kau rupanya..."

10. Cakap kat roomate "Ada benda penting nak bagitau kau". Lepas tu berlakon sawan dan pengsan. Lepas 1-2 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa perkara tu. Kemudian, cakap "Haaaa...aku dah tauu". Lepas tu anda pengsan dan sawan balik.

11. Bancuh detergent atau serbuk pencuci baju dlm cawan atau apa-apa bekas,kemudian berlakon seperti anda mahu minum campuran tuh sambil berkata "tunggulah malam nanti,akan ada yang minum air penawar ni!!"

12. Tulis satu surat wasiat dan tampal kat dinding bilik anda...setiap hari anda pesan kat roomate anda itu supaya tunaikan wasiat anda..tulis kat wasiat anda tuh seperti ini "kebumikan saya di bilik ini kerana saya x sanggup berpisah dengan roomate tersayang"  


*harap rakan-rakan semua boleh memilih salah satu cara diatas untuk mengurangkan kebengangan anda..(apa-apa yang berlaku selepas anda mengikut tips2 ini adalah tanggungjawab sendiri"hehe..Pujangga nak ingatkan.."kesabaran itu separuh daripada iman"

28 Komen Hoi!!!:

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

ade cadangan lain x untuk kurangkan bengang ngn roomates anda?hehe

echah mashuri berkata... [Reply]

rase yg pling best bile asapkan pisau lipat tuh...
haahhha....
*rase kurang bengang da bc entry ni..
lau buat mst xbengang langsung..hee~

thiya berkata... [Reply]

hehe....gelak gile bace entry nie.. hehe... rase nye suke yang care patung barbie tu..keh3

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehe thnxx bagi pandangan..kalau suka,pujangga buat lg entry cmni..huhuhu

Nur Su'aidah berkata... [Reply]

macam pernah baca entry ni dulu2 kat blog cik epal :) sama

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

kebetulan barangkali..sama tp x serupa

si para para berkata... [Reply]

hahaha last last member kita tel kat tanjung rambutan...

jaya jr berkata... [Reply]

setakat ni smue ok ngn rumates..kui3

~ ReD ~ berkata... [Reply]

silap2, anda yang dibuang keluar dr bilik sebab org ingat anda gila! hahah

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

haha itu sebab pujangga kata jika wat tips2 ni,kesannya tggung sendiri..keh3

Norhayati Rostam berkata... [Reply]

fuyyo..killer punye cadangan

♥Santapan Familea♥ berkata... [Reply]

thanks bg tips n...
tips bengang dengan oficemate ada x??

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehe...mmg killer pn

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

santapan familea=owh minat ker?nnt kalau ada masa, pujangga wat ea?

fArAh nAbiLA berkata... [Reply]

haha.. brni mati ni

cik nurul berkata... [Reply]

haha! kesengalan ohh, tp brgune gk, gerenti, psneh, roomate jd baek je, tkot tgk pangai gile, aahah

joegrimjow berkata... [Reply]

mgkin banyak sangat kaler kot;)

xpe
blog peribadikan
;)

zairie berkata... [Reply]

rase mcm penah baca la entry nie.. sebijik cam kat blog cik epal.. maybe ada tukar2 sikit kot.. =)

my recent post:
apabila bintang tidak lagi bintang

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

thnxx bg pandangan

NaNaJoe berkata... [Reply]

membuatkan nana tergelak!!
terbaik!! :P

cawan merah berkata... [Reply]

nahiiii...
nanti rumet ingat kita gila pulak
pastu datang ambulan hosp tampoi dengan bangganya

oh, nahi nahi..
heheh :)

RedBoy berkata... [Reply]

klaka gila baca entry nih.. aku dh penah baca entry nih kt dlm satu majalah yg aku suka.. ko tukar sikit2 je kan..

kihkih..

zulkbo berkata... [Reply]

salam..
ha ha..
kesian roomate
anda kena 'dajai'
sebegitu..lawakk!

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehehe baru puas...asik2 dok wat kita bengang nape..haha

FaMouS berkata... [Reply]

haha dah pernqh post dah.. cuma gorgo punya ada perubahan ckit.. but last sekali tu best!

Cik Bucken berkata... [Reply]

ini mmg serious bengang nehhhh
hahaha..tp aku x penah plk ade situasi demikian.rumet aku baek, sllu bg mkn free ^_^

Cikgu Fikri berkata... [Reply]

Klu ko nk tau,
aq dh lbh kurg sebulan gaduh ngan rumate aq....
hahahahaha.....
tp, nk ikut cara2 di atas, kna pkir dua, tiga kali kottttttttt....huhuuh

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

samala tp kna sabar jer..nk wat cm atas tuh. pengsan kang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...