Followers

Selasa, 20 Julai 2010

Hoi!!! Antara NAFSU dan DOSA(edisi GAY)

Hoi!!! AMIRUL ARIF sekali lagi ingin mengulas mengenai perlakuan sosial yang kian menganggu persekitaran sihat manusia masa kini..Sebelum ini pujangga pernah bercerita tentang perempuan bertudung tapi???(klik sini untuk membaca) dan kali ini pujangga ingin mengupas mengenai NAFSU dan DOSA kaum ADAM bersama si kaum ADAM aka "GAY".Sebagai manusia normal kehidupan kita telah dicipta berlandaskan kehendak dan perintah yang telah dianjurkan oleh Tuhan. Tidak dinafikan memang ramai remaja yang terjebak di dalam aktiviti tidak sihat ini disebabkan berlakunya kecelaruan gender dan identiti di saat masih remaja.Ini adalah hakikat kerana ramai rakan-rakan pujangga sendiri,pujangga boleh di klasifikasikan sebagai "KELIRU".

       Apakah hanya kerana kemodenan semua perkara yang sebelum ini sangat bertentangan dengan lumrah kehidupan dibenarkan?. Tidakkah dengan melaksanakan perkara seperti itu juga dilihat seperti mencabuli hak asasi manusia biasa yang mahu hidup seperti manusia normal?. Sudah tentu ia dilihat mencabul kerana lumrahnya manusia dilahirkan untuk hidup berpasangan antara lelaki dan wanita. Lagi mengharukan apabila golongan songsang ini berkeinginan pula mempunyai anak angkat.Pernah atau tidak mereka terfikir apa yang akan terjadi pada anak itu akibat dari dibesarkan oleh keluarga TIDAK NORMAL?.Contohnya apa yang ingin diberitahu kepada cikgu sekolah jika ditanya apa nama ibu dan bapanya?Adakah akan diberitahu kedua-duanya adalah LELAKI .Kita punya kepandaian serta kewarasan,kita cuma kehilangan sedikit rasa syukur atas kehidupan yang dikurniakan oleh-NYA.wallahualam Pujangga juga dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan sejenis semakin diterima di kebanyakan negara walaupun hakikatnya perbuatan itu salah dari segi moral dan bertentangan dengan hukum alam.


SAMA-SAMA KITA BACA 2 ARTIKEL DI BAWAH :


 Gay pertama kahwin di Argentina bulan depan




SEORANG lelaki menjerit bagi membantah undang-undang perkahwinan sejenis di Buenos Aires semalam.

BUENOS AIRES – Selepas menjadi negara Amerika Latin yang pertama mewartakan undang-undang perkahwinan sesama jantina kelmarin, Argentina bakal menyaksikan pasangan gay pertama yang berkahwin secara sah pada 13 Ogos depan.

Pihak berkuasa semalam mengesahkan, aktor ternama, Ernesto Rodriguez Larrese, 60, dan kekasihnya, Alejandro Vanelli, 61, yang hidup bersama sejak 34 tahun lalu akan menjadi pasangan pertama di bawah undang-undang baru itu.

Ketua Persekutuan Lesbian, Gay dan Pondan Argentina, Maria Rachid berkata, dianggarkan 100 pasangan mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh itu setelah Parlimen meluluskan undian selepas perdebatan panas 15 jam.

Presiden Cristina Kirchner yang memimpin kerajaan berhaluan sederhana kiri juga menyokong undang-undang itu meskipun dibantah keras pihak gereja yang bimbang ia akan menghancurkan institusi keluarga negara Kristian Katholik itu. – Agensi


Perkahwinan  Terlarang




  









Penduduk Mexico berkumpul di MEXICO CITY untuk membantah

KHAMIS lepas sejarah tercipta di Mexico City. Igauan ngeri kebanyakan penduduk di negara itu menjadi realiti. Namun bagi segelintir rakyatnya mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan sebagai tanda perjuangan mereka selama ini diterima.

Pada hari itu golongan homoseksual dibenarkan untuk mendaftar lesen perkahwinan mereka. Mexico City merupakan bandar pertama di Mexico dan juga di Amerika Latin yang membenarkan perkahwinan sejenis dilangsungkan.
                     
Dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari lagi, dunia akan menyaksikan upacara perkahwinan pertama melibatkan kumpulan tersebut di Mexico City.Golongan gay dan lesbian dilihat beratur di bangunan kerajaan tempatan untuk menghantar dokumen perkahwinan mereka bersama dengan pasangan normal yang lain.

Pihak berkuasa Mexico City telah meluluskan undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis yang setaraf dengan perkahwinan biasa membabitkan lelaki dan wanita pada Disember lalu. Undang-undang itu juga membenarkan pasangan sejenis mengambil anak angkat, berkongsi membuat permohonan pinjaman bank, mewarisi harta pusaka serta kebenaran untuk memasukkan pasangan mereka dalam polisi insurans.Semua hak itu telah dinafikan sejak sekian lama kerana mereka tidak diiktiraf sebagai pasangan normal.

Hakikatnya pengiktirafan perkahwinan sejenis hanya direkodkan sebagai bersejarah bagi segelintir manusia yang keliru dengan kecenderungan seksual mereka. Lebih tepat lagi hari tersebut akan lebih diingati sebagai hari musibah untuk kita semua.Oleh HAFIZAHRIL HAMID

*sekian post kali ini...maaf sudah lama tidak mengeluarkan post baru ..JEMPUT2LA KOMEN

16 Komen Hoi!!!:

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

Salah siapa?pengaruh sekeliling atau kurang didikan agama?

Parkcheek Chun Li berkata... [Reply]

ramai dh yg jd gay nih...even yg str8 pun jd gay.....ustaz pun ader yg gay....semua silap sndr sbnrnye sbb xmau nk terima yg halal....

mr.curly berkata... [Reply]

makin dasat kt dunia skg..

chibiehazs berkata... [Reply]

sekarang ni ramai yg tak segan silu mengaku diorang tu gay.. les pon ramai... cun2 pulak tu.. huhuhu

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

huhu betul2...mereka ni sbenarnya ada pilihan cuma hati ja x mahu berubah..bak kata chibiehazs...asalla ramai sgt les n gay yg cun2 n ensem2?rugi2...

Sir Marcello berkata... [Reply]

susah wa nak hidup kat dunia...baik pindah pluto..bawa awek2 yg cun2 jer...

kat sana kompem takda gay...gila rosak bumi nie~

KiKo Berdendang berkata... [Reply]

tepuk dada, tanya iman saja...

Che Armster berkata... [Reply]

ini semua salah Paul si sotong kurita!!!!

setuju ngan Sang Pujangga Utara - ruginyer yang cun-cun semuanya songsang T.T

amirah berkata... [Reply]

huh...ngeri dowh
kalau dh ada negara yg bg green lite xmustahil akan benda ni akan jd ikutan yg len

cemomoi berkata... [Reply]

nak tunggu Allah terbalikkan negara tu gamaknya... kat sini pon banyak gay

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

semoga kesesatan dapat dihapuskan...

Shah Iznan berkata... [Reply]

pabila dunia menghampiri kematiannya

Amri Rani berkata... [Reply]

Dunia mendekati mati,
Insan berlumba lupa diri,
berbangga dengan sementara,
yang abadi bisu membuta.

RedBoy berkata... [Reply]

skrg di Malaysia pon dh ada..cuma mereka just x nk mengaku.. so, utk nk tutup yg mereka tu gay, terpaksalah kahwin.. tak tau nk ckp apa dh..

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hmm pujangga tgk, kat malaysia nih da open...Bak kata REDBOY...hmm cuba usha2 kat fb or myspace..bersepah gay2 melayu ni...rosak anak bangsa

touya berkata... [Reply]

takyah jauh-jauh kat tempat aku pun dah ada gay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...