Followers

Ahad, 25 Julai 2010

Hoi!!! Siapa? Kamal Atartuk

Salam berblogging pujangga ucapkan. Hoi!!! AMIRUL ARIF di waktu dan ketika ini,mahu menyambung edisi Siapa? yang dimulakan beberapa hari lepas dengan cerita mengenai IDI AMIN DADA. Kali ini,pujangga mahu memperkenalkan seorang pemimpin yang menjadi buah mulut pelbagai lapisan masyarakat x lama dahulu terutamanya kepada umat Islam apabila dikenali sebagai PEMUSNAH EMPAYAR TURKI. Siapa gerangan manusia ini?dia adalah MUSTAFA KAMAL ATATURK..

Mari kita sama-sama baca kronologi kisah hidup Kamal Ataturk yang pujangga dapat dari internet ini.(pujangga meletakkan imej hasil ehsan GOOGLE untuk memberi gambaran yang lebih jelas) :
 

                                                               Gambar Mustafa Kamal Ataturk
 
IDEOLOGI KAMAL ATATURK DI TURKI 

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. 

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN 

Inilah kubur Kamal Ataturk

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya.wallahualam.Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Inilah binaan marmar yang menempatkan mayat Kamal Ataturk

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"  Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

*Ulasan dari Hoi!!! AMIRUL ARIF,apabila kita mula alpa serta terlampau mengikut acuan barat dalam kehidupan,kita akan mula lupa akan Yang Maha Esa.Sesungguhnya diri-NYA sentiasa memberikan apa yang terbaik untuk diri kita namun kita saja tidak pernah menghargai..Kamal Ataturk menjadi bukti jelas untuk sama-sama kita jadikan pedoman dalam hidup akan balasan dunia yang menimpanya akibat dari terpesong dari agama..wallahualam

17 Komen Hoi!!!:

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

Apa pandangan anda mengenai edisi ke-2 Siapa? yang mengetengahkan MUSTAFA KAMAL ATATURK....mari komen ramai2

Afiq Din berkata... [Reply]

best ah citer nie...
klu xsilap aku sbb die n la kerajaan islam yg terakhir musnah...
kire n kite jdikan ikhtibar la...
klu tgk PM mesir skg n pon ikutkan aje ape yg israel ngn US ckp..

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

yup2 yg baik jadikan panduan...yg buruk jadikan iktibar

bea ouh bea berkata... [Reply]

ish.bongkak sangat.ALLAH da tunjukkan dekat dunia.terima kasih sebab share something yang menarik :)

bea ouh bea berkata... [Reply]

ish.bongkak sangat.ALLAH da tunjukkan dekat dunia.terima kasih sebab share something yang menarik :)

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata... [Reply]

Allah nk tunjuk sat je...

moral: tak pyh la bongkak sgt =)

sall berkata... [Reply]

Menarik lah cite ni. sall nak copy boleh??

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

bea=sama2...

miss xyz=setuju sgt2..jgn tlampau bongkak

sall=bole je copy...backlink lah ea

mamawafiq berkata... [Reply]

best citer.. harap di jadikan ikhtibar... meremang bile baca citer ni.. huhuhu

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

huhu yup rasa takut sgt ngn balasan yg diterima kamal ataturk

kaizen shinobi berkata... [Reply]

terimas sebab sudi kongsi, hehe

shira yanwizan berkata... [Reply]

tq share crite yg menarik,,, takut bace..

caliph shuriken berkata... [Reply]

dulu wktu zaman skolah pnah bca citer dia ni.. mmg pelingkup turki..
thanks kongsi citer2 cmni ^^

Miss Lyaa berkata... [Reply]

dulu kt skolah ustz penah gak citer psl dier ni..
mustafa kamal ataturk laknatullah..
tu yg org islam turki ckp...
thanks for sharing...

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

ur welkam..thnxx 4 reading too :)

akira sendoh berkata... [Reply]

Masya Allah...takutnya..di dunia lagi da nampak balasannya...semoga kita semua dijauhkan dari azab dunia dan azab akhirat...amin...

AMMAR YASIR berkata... [Reply]

mintak izin untuk kongsi info ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...