Followers

Ahad, 1 Ogos 2010

Hoi!!! Cinta Tak Mengenal Usia

Terima kasih menyinggah tanpa rimas,
Akan dibalas kunjungan rakan-rakan,
Blog kian bersawang tidak dikemas,
Seribu kemaafan pujangga pohonkan.

Hoi!!! AMIRUL ARIF memulakan bicara dengan pantun di atas..Haihh bukan senang pujangga nak berpantun. Pujangga dah fikirkan post terbaru ini agak lama namun tak sempat dipublish akibat kepantasan internet di UiTM Merbok ini terlampau "membanggakan".+.+ hehe Sebelum memulakan bebelan pujangga di Hoi!!! AMIRUL ARIF ni, pujangga nak promote sikit blog kawan baik pujangga yang baru jer dirasmikan. Jom ramai2 usha blog HAZIM PETE DOHERTY ni..huhuhu

Apa yang dikatakan CTMU(Cinta Tak Mengenal Usia) ini? Pada pemahaman pujangga,CTMU ini sebenarnya adalah percintaan yang lahir dari hati dua insan yang berbeza jarak usia namun bersatu atas dasar kepercayaan serta cinta sejati..chewahh.. Sebagai contoh terdekat dengan kita, Nabi Muhammad SAW telah berkahwin dengan SITI KHADIJAH walaupun jarak usia baginda dan isteri baginda adalah 15tahun. Dikaitkan pula dengan post terbaru ini, pujangga ingin bercerita tentang berita PERCINTAAN aka CTMU di Malaysia yang hangat diperkatakan iaitu mengenai Wook Kundor dan Mohd. Noor Che Musa. Apa yang hebat sangat CTMU kedua-dua insan ini? Untuk pengetahuan semua,masa mula-mula berkahwin Mohd. Noor berumur 33 manakala Wook Kundor berusia 104 tahun....YA!!! jarak usia mereka adalah 71 TAHUN. Dari dasar simpati, mereka berdua mula memupuk cinta.

Jom baca cerita di bawah mengenai Mohd. Noor yang baru keluar dari pusat pemulihan dan terus setia bersama isteri tercinta yakni WOOK KUNDOR :

 Suami Wook Kundor bebas dari pusat pemulihan dadah


MOHD. NO0R melangkah pulang setelah dibebaskan dari Puspen, Besut.


BESUT – “Lepas ni saya nak belajar pondok untuk mendalami ilmu agama.”Itu luahan pertama Mohd. Noor Che Musa, 38, suami kepada warga emas, Wook Kundor sebaik sahaja dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut di sini semalam.
Mohd. Noor yang pernah menggemparkan negara apabila mengahwini seorang warga emas berusia 108 tahun, Wook Kundor dua tahun lalu dibenarkan keluar dari pusat itu selepas selesai menjalani pemulihan selama 12 bulan akibat menagih dadah.Sejurus dibebaskan, Mohd. Noor yang kelihatan sayu meninggalkan pintu utama Puspen menadah tangan tanda syukur sambil berniat mahu mengubah nasibnya demi masa depan diri dan isteri.“Selain belajar pondok, saya tekad mencari pekerjaan yang sesuai untuk kehidupan kami suami isteri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di luar Puspen di sini semalam.Walaupun kelibat Wook tidak kelihatan sejurus dia dibebaskan semalam, Mohd. Noor tetap tenang dan mahu menjadikan pengalamannya selama 12 bulan di Puspen untuk menjadi manusia berguna.“Saya janji tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk penagihan dadah. Selepas ini, saya mahu menghabiskan banyak masa bersama isteri tersayang dan mahu menjaganya dengan baik,” jelasnya.Mohd. Noor dimasukkan ke Puspen Sungai Besi pada 7 Julai tahun lalu selepas ditangkap oleh sepasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.Dia bagaimanapun dipindahkan ke Puspen Besut pada 31 Disember tahun lalu atas permintaan Wook yang mengakui kesukaran untuk menziarahi suaminya itu.Mohd. Noor yang ditemani anak saudaranya keluar dari Puspen semalam akan bertolak ke Tanah Merah, Kelantan sebelum menemui isterinya yang kini tinggal sementara di Beris, Bachok, Kelantan. 


Dibawah ini pujangga selitkan sedikit gambar Wook Kundor dan Suami :


Cinta Tak Mengenal Usia,adakah kita mampu memupuk cinta seperti ini???


Lihatlah kemesraan kedua-dua insan ini..Adakah kita seperti ini?

*Pujangga selitkan post ini sebenarnya untuk kita sama-sama fikirkan , mungkin ada antara kita yang berfikir mungkin Wook hanya membuang masa atau mencari publisiti ??? Bagi pujangga, CTMU ini sebenarnya lagi mulia dan sah di sisi undang-undang dan agama dari CINTA NAFSU yang hanya mendorong kearah kemaksiatan.. APA KATA ANDA SEMUA?

18 Komen Hoi!!!:

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

apa kata anda mengenai post terbaru Hoi!!! AMIRUL ARIF

Mish Oura.. berkata... [Reply]

ni mmg kes jarang2x...

xangonila!! berkata... [Reply]

hehehe...bagush la entry ni..

amira berkata... [Reply]

hurm.. yep..cinta tak kenal usia..
dan takde sape halang cinta itu selagi cinta itu tak menyusahkan orang lain yang sepatutnya mendapat cinta itu..huhu

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

amira=amboi..mendalam maksud tuh..huhu papepun setuju sgt :)

AiN Z berkata... [Reply]

laa,, dia ambil dadah ke rupanya.. ptt lah kurus semacam..

mmg betul lah.. pelik sungguh mula2 dengar pasal benda ni.. emm.. tp myb dia betul cinta.. hehe

harap diorang kekal hingga hujung nyawa.. amin..

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

amin...percintaan adalah benda yg xdapat ditafsirkan oleh akal kita..hehehe

the sastraboy berkata... [Reply]

dah lama kan diorang ni kahwin?

dulu polemik gila kot bila lelaki tu nak kahwin dengan wok.. huhu..

doakan diorang bhgia sudah..

(:

shameel Iskandar berkata... [Reply]

beris bachok tu kampung saya.

echah mashuri berkata... [Reply]

moge mreka bhgia:)

~ ReD ~ berkata... [Reply]

hoh! dahsyat...itulah penangan cinta...
Latest Entry : Tak Baik Simpan Patung Buat Perhiasan Dalam Rumah

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

yup2 ..doakanlah mereka bahagia

^ dgr cerita mereka nk amik anak angkat sbg penyeri rumah tangga

Black: berkata... [Reply]

klu aku laa.... nak yg terbalik punye.... bole tak... kuang kuang kuang..

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehehe bole ja..laki kn..hohoho

Tomato Gurl's Life berkata... [Reply]

btul ke cinta diorg b2 ni??dgr2 crite yg nek wook tu byk harta..ngeh3...

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehehe betol la kot sbb tu lama tahan...

dulu kaya la...hehe

Hafsah Hell Mee berkata... [Reply]

kite pandang je dari sudut positif kerana cinta itu buta maka cinta datang tanpa mengenal usia. Xpayah nak pertikaikan lagi. Nampak mcm diorg dah bahagia je tuh. AMIN...

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...