Followers

Isnin, 27 September 2010

Hoi!!! ADUN Galas Meninggal Dunia

Hoi!!! AMIRUL ARIF dikejutkan dengan berita yang dibaca dari MALAYSIAKINI yang mengatakan ADUN GALAS,telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 4.30 petang tadi.AL-FATIHAH..Nampak gayanya,ini adalah pilihan raya kecil yang ke-12 bakal dilalui oleh rakyat MALAYSIA secara amnya sejak pilihan raya ke 12 pada 2008 lalu.Diharapkan perjalanan pilihan raya kecil kali ini aman serta tifak kecoh.Pujangga nak tegaskan satu perkara, PEMIMPIN YANG HEBAT BUKANLAH PEMIMPIN YANG MAMPU MELAKUKAN SEMUA KERJA TETAPI PEMIMPIN YANG MAMPU MENDORONG ORANG LAIN BEKERJA UNTUKNYA..wallahua'lam

sila baca laporan ringkas di bawah

Allahyarham Che Hashim Sulaima

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kimoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

4 Komen Hoi!!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...