Followers

Khamis, 30 September 2010

Hoi!!! Pelajar Tingkatan Satu dakwa DILIWAT

 TERKEJUT!!!MARAH!!!MALU!!! pujangga rasa bila melihat berita yang dikeluarkan di berita harian hari ini  mengenai pelajar tingkatan 1 didakwa diliwat senior di PUTRAJAYA.Kenapa pujangga rasa malu ? mestilah rasa MALU sebab pujangga kan tinggal kat PUTRAJAYA...Haishh sekolah pun kat situ juga tapi sampai awal tingkatan 4 je la sebab lepas tuh belajar kat bumi bertuah Teknik KL.Entah bodoh manalah yang tak boleh tahan nafsu seks songsang kat sekolah tuh pastu pi buat bukan-bukan kat orang lainNak jadi serpihan kaum Nabi Luth ker adik-adik ooi?

Dalam fikiran pujangga nih,dah terbayang-bayanglah nama beberapa sekolah di Putrajaya yang disyaki berlakunya perbuatan hina nih.Opps tapi x bolehla pujangga bagitahu kat Hoi!!! AMIRUL ARIF ni sebab takut mendahului siasatan polis..huhuhu  Kes liwat,gay dan homoseksual di Malaysia ni sebenarnya makin menjadi-jadi serta berleluasa.Mana tempat pujangga pergi or belajar, mesti ada jer dengar kes-kes macam ni. Didikan agama kurang?hmm rasanya tak kot sebab ada bekas-bekas pelajar sekolah agama atau maahad pun terjebak dengan gejala nih..Marilah kita semua berdoa agar tidak diterbalikkan bumi Allah ini atas perbuatan mereka-mereka yang ingkar ini..wallahua'lam
Sanggup ker kita biarkan kek perkahwinan anak atau saudara mara kita jadi begini?
Jom baca artikel dari Berita Harian ini :
Pelajar Tingkatan Satu dakwa diliwat
Oleh Haika Khazi

PUTRAJAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang seniornya dari Tingkatan Empat, pada 20 September lalu.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku ketika mangsa berada seorang diri di bilik muzik sekolah, pada jam 10 malam.Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa dikatakan didatangi seorang pelajar lelaki tidak dikenali berusia 16 tahun seperti dirasuk sesuatu terus memeluk dan mencium pipinya dari arah belakang.Katanya, mangsa yang panik dan tergamam kemudian dipaksa membuka pakaiannya, sebelum diliwat.

Pada mulanya, mangsa mengambil keputusan tidak mahu mengadu insiden berkenaan kepada pihak sekolah dan polis kerana terlalu takut dan malu sekiranya kejadian terbabit diketahui pelajar lain.

Bagaimanapun, mangsa berasa geram dan marah kerana diperlakukan sedemikian oleh pelajar senior, dan kemudian mengambil keputusan menceritakan kejadian terbabit kepada seorang guru lelaki dan ibunya, sebelum membuat laporan di Balai Polis Putrajaya, jam 2 petang, kelmarin, katanya.

Difahamkan, mangsa turut ditemani seorang guru pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan. Sumber itu berkata, polis juga sudah merekodkan keterangan mangsa dan suspek kelmarin bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan pada hari sama selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner (ACP), Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi mengesahkan polis sudah menerima laporan berhubung dakwaan kes liwat itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii tanpa kerelaan mangsa.

16 Komen Hoi!!!:

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

Apa perasaan anda selepas membaca post terbaru di Hoi!!! AMIRUL ARIF

~ ReD ~ berkata... [Reply]

hmmm... kalau senior laki tu 'usik' perempuan, ada risiko lagi besar. sbb itu dia 'usik' dak laki kot utk puaskan nfsu dia.astagaaa

Makanan Aka-Ala Fear Factor [Asia]. Ada Beranikah Anda Makan?

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehe mana nak ade pompuan kalau semua dalam sekolah tuh lelaki...ooops agaknyala

aYaz berkata... [Reply]

macam2 hal la budak2 sekarang ni..
ish3...

CahNdeso berkata... [Reply]

Masyaallah.. apa nak kata.. itu musibah ??? By the way, daku sudah follow dikau dinomor 462, dan juga click2 your ads/adv... bukti silaturrakhim dan persahabatan... follow balik iyaaa... thanks

puterapescado berkata... [Reply]

sekolah alam shah kah????hehe....tapi memang kes nafsu songsang nie dah semakin parah kat m'sia nie...nau'zubillah..

Encik MT berkata... [Reply]

haha! akuh pun dari putrajaya gak...!
ciss sungguh! adakan encik sang punjangga rasa sekolah alam shah? haha! yer la kot,sbab dia ckap kul 10 malam,alam shah jew yang asrama kan~ hahaha!

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

ayaz=budak2 dah makin bijak makin teruk..hmm

cahndeso=ok thnxx =]

putera pescado=hehe oops kita dah mendahului polis ni...tp mmg skolah tu jer kot..hehe

encik MT=ye ker?presint apa?hehe org x ckp pn bole taw

HiGHNeSS FiQ berkata... [Reply]

Astagfirullahalazim..
manusia zaman sekarang..
lepas nih budak kene liwat nih, mgkin jd toyboy, sbb xdak teruna.. hehe..

mcm kalo pmpn yg kena, nanti dy akan jadi pelacur..tp xsemua r..

bagus budak nih bgtw, at least budak len xkena cam dy, pastu dy pun xkena main lagi..mesti r org len takut~

kalo ikut hukum hudud, apa r hukuman dy??

nina syakina berkata... [Reply]

aduyaiii... ssh kess mcm ni... apa kes?

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

highness fiq=wallahua'lam...semoga ini jd pngajaran..kat sbp byk jd cmni tp dok diamkan bajet jg imej sekolah....klu hudud x slap mula2 kna nasihat,klu wat lagi pastu sebat...


nina=salahkan sekolah yg suka mendiamkan pkara cmni

Awangku berkata... [Reply]

hurmm ni la namanya dah akhir zaman.. dah bersiap sedia ka kita tuk hadapi hari itu???

Tanpa Nama berkata... [Reply]

percaya ke mangsa diliwat???kenapa hanya ada berdua sj di bilik muzik??jika benar ada latihan, mana pelajar lain???pelik kan...
pihak skolah bukalah minda, kasihanilah anak2 kita yg bijak pandai ni. mereka bakal pemimpin negara. Buatlah sesuatu agar perkara2 yg dimurkai Allah tidak berleluasa. Mcmana sekolah nk terus cemerlang klu ada kaum nabi lut. Nabi tak mengaku umat wahai pengetua & PIBG. Bangun lah...jgn nama, keputusan periksa, aktiviti shj yg gah tapi keperibadian pelajar kecundang. Bangun & bertindak ye....

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

awangku=manusia x pernah siap dan bersedia...

anon=betul,saya setuju dgn pendapat anda..kejadian ini melibatkan nama sekolah besar bkn sekolah biasa?inikah sekolah yang kita banggakan?melahirkan gay

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Saya sgt kecewa dgn kejdian sebegini. Anak2 ni sgt cemerlang dlm akademik, koko & lain2 akitivi. Moga skolah yg terlibat dan tdak kira skolah mana sekali pun lebih agresif dlm menangani masalah2 moral anak-anak bangsa kita. Mansuhkan aktiviti selepas night prep. Dikhuatiri pelajar2 mengambil kesempatan pada waktu2 lwat mlm. Yg lebih pasti ibu bapa juga memainkan peranan yg sgt PENTING. Pantau lah anak2 dan ambil tahu setiap aktiviti anak2 dsekolah mahupun di asrama. Apa gunanya anak2 kita cemerlang dlm akademi tapi gagal dlm moral. BUAT ANAK2 YG TERCINTA dimana jua berada, bersyukurlah dgn kelebihan yg Allah S.W.T berikan kepada kamu. Dgn kecemerlangan yg kamu miliki mungkin lebih dari sesetengah kkwn kamu, gunakanlah dgn sebaiknya demi masa dpn.(Dunia & Akhirat). Amin.

fakir kie berkata... [Reply]

lucu plk read u story..
lelaki pun ada nafsu jgk dgn lelaki ker
mcm ja teda perempuan di putrajaya tue
cian bdak tue.. nasib baik dia x
prignant hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...