Followers

Ahad, 12 September 2010

Hoi!!! Sosilawati Lawiya MATI DIBUNUH!!!

sumber KOSMO
  
sumber Mingguan Malaysia

TERKEJUT!,MARAH! dan SIMPATI! itulah yang pujangga rasa bila mendengar kisah mayat Sosilawati Lawiya,pengasas Nouvelle Visages serta 3 yang lain DIBUNUH dan DIBAKAR setelah hampir 2 minggu hilang. Bagi pujangga, perbuatan mereka yang membunuh ini sememangnya kurang ajar yang melepasi lingkungan belas kasihan manusia sejagat. Pujangga dapat tahu tentang penemuan mayat ini agak awal sebenarnya disebabkan sepupu pujangga,berkawan dengan salah seorang anak kepada Datuk Sosilawati (kabel berita)hehe Kesian sangat kat anak-anak kepada 4 orang yang dibunuh tu,rasanya semuanya kecil-kecil lagi.Bagi keluarga Sosilawati, rasanya bagaikan sudah mengetahui petanda ajal, Datuk Sosilawati telah terlebih dahulu menukarkan hak pemilikan harta,syarikat serta akaun bank kepada anak-anak beliau. Kiranya tidaklah Nouvelle Visages terkubur begitu sahaja,anak-anak beliau juga pujangga dengar sejak dari kecil telah di asuh untuk melibatkan diri dan secara tidak langsung belajar untuk menguruskan syarikat.Apapun yang berlaku,pujangga bagi pihak Hoi!!! AMIRUL ARIF mengucapkan takziah kepada keluarga Sosilawati Lawiya serta 3 yang lain. Al-Fatihah

Jom baca berita dari BERNAMA mengenai kisah Sosilawati dibunuh :

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi, telah dibunuh dan mayat mereka dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting, demikian menurut polis.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan forensik untuk memastikan perkara itu.

Beliau memberita pemberita demikan dalam satu sidang akhbar di ibupejabat polis Banting.Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.
Sebelum itu, pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat Banting bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan Sosilawati dan tiga orang lagi.Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan. Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.
Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.

- Bernama

7 Komen Hoi!!!:

Anip™ berkata... [Reply]

takziah kpd keluarga mangsa...

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

takziah...AL-FATIHAH

Pinky Pixie berkata... [Reply]

takziah buat keluarganya. mmg agak kejam cara dia dibunuh..

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

yup2..bkn agaka but terlampau kejam

+akufobia+ berkata... [Reply]

takziah.sob.

ciK_SaLmaH berkata... [Reply]

mesti anak dy sume xsangka she end her life cmni...Allah lebih mengetahui..sobsob..takziah to those families.al-fatihah.

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

al-fatihah...=[

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...