Followers

Ahad, 3 Oktober 2010

Hoi!!! Hanya Kerana 5 Kupang!!!

Kali ini, Hoi!!! AMIRUL ARIF hendak berkongsi sedikit cerita lawak  dengan para pembaca sekalian. Sebelum ni,dah beberapa kali entri di Hoi!!! AMIRUL ARIF ini agak serius dan tegang , pujangga rasa entri kali ini dapat mengendurkan keseriusan sesiapa yang berkunjung ke mari. Tanpa membuang masa, jom baca "Hoi!!! Hanya Kerana 5 Kupang"

Di suatu hari jumaat yang panas terik serta menguji keimanan, Akram menaiki bas ke masjid untuk menunaikan solat jumaat disebabkan motornya rosak. Malang tidak berbau,sebaik sahaja Akram menaiki bas,tiba-tiba dia teringat yang dia terlupa membawa dompet. Dalam keadaan kelam kabut tuh,Akram pun menggagau semua poketnya dan nasibnya baik pada hari itu kerana ada seringgit kertas didalam kocek seluarnya . Berbekal kan seringgit kertas untuk perjalanan  pergi dan balik menaiki bas untuk ke masjid yang jaraknya 9 km dari rumahnya, Akram pun membayar tambang bas 5 kupang(50 sen) menggunakan seringgit kertas kepada konduktor bas , lalu konduktor itu pun memulangkan baki wang Akram sebanyak 5 kupang kembali. Akram menyimpan 5 kupang itu didalam kocek baju melayunya.

Inilah rupa 5 kupang(50sen) kalau aada yang x pernah tengok..hehe
Sesampainya di masjid, Akram pun mengambil tempat di saf ke empat memandangkan saf pertama sampai tiga sudah sudah penuh. Setelah azan berkumandang dan khatib membacakan khutbah, tok imam pun mengimamkan solat Jumaat pada hari itu. Semasa para jemaaah sedang hendak sujud , tiba-tiba 5 kupang Akram jatuh dan tergolek-golek dari kocek baju melayunya ke bawah tapak tangan orang dihadapannya.. Tertekan dan tensen bila memikirkan terpaksa jalan kaki pulang ke rumah di hari  yang panas terik . Akram pun berbisik kepada orang dihadapannya... 

Akram : "Oit, ang jangan ambik 5 kupang aku tu,aku dah tak dak duit nak buat tambang nanti" 

Orang dihadapannya menjawab : "Alah,setakat 5 kupang aku tak hadap la,tak dak sapa nak ambik duit ang tuh." 

Orang di sebelah Akram terkejut yang sangat-sangat kerana Akram bercakap di dalam sembahyang,lalu dia pun berkata : " Hoi,ampa dua orang ni,dalam sembahyang mana boleh cakap!!!".. 

Selepas itu,terdengar sayup-sayup orang  lain pula bersuara  : " Abis yang ang cakap tuh apa?... "

Tanpa ragu-ragu lagi,solat mereka berempat telah terbatal hanya kerana 5 KUPANG. Kesimpulan cerita di atas adalah jangan bercakap semasa solat..Kita hendaklah menumpukan perhatian kepada solat dan melupakan segala perkara dunia yang lain semasa mengerjakan perkara yang disuruh-NYA.

-sekian dari Hoi!!! AMIRUL ARIF-

16 Komen Hoi!!!:

Sidratul Muntaha berkata... [Reply]

singgah malam

MyZone~theUn4given berkata... [Reply]

..mane dapat story nih..hihihi

MyZone~theUn4given berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ahmad Zaki berkata... [Reply]

Salam sejahtera..,

Cerita ini terdapat pelbagai versi tetapi pengisiannya sama.

Pengajarannya ialah sebelum kita mengata dan menegur seseorang, perhatikan diri kita sendiri terlebih dahulu, takut2 dalam keadaan tak sedar kita juga buat salah.

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

terima kasih kerana komen di post ini =]

miss chekleen berkata... [Reply]

betul tu..fikir dulu sebelum wat sesuatu...

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehe betol..niat da baik nk tego tp x kena tmpat

relevan berkata... [Reply]

Ha ha..malang sungguh...

Atia Adina berkata... [Reply]

hahahaha..kesan berantai

suzzsuzie berkata... [Reply]

hehe..nasib baik berjangkit 4 orang je...kalau tak semua batal...

$h@h_Izn@n berkata... [Reply]

peringatanbgus...:))

gnesop.com berkata... [Reply]

pernah dengar masa dulu.. cerita lawak ni

HASRUL NIZAM berkata... [Reply]

ha3... lawok3

Nadd berkata... [Reply]

singgah.
tertarik dgn entry ni.
best. keep it up! :D

Syafenaz berkata... [Reply]

Hahah! kelakar la..sy tertarik dengan tajuk 50 sen tuh sebab saya digelar budak 50sen mase kecil..
so bile tengok tajuk terase nak baca..
betul jgk kan?hnya 50sen pun leh terbatal solat tanpa sedar..hahah!

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

Hehehe betul2..benda yg kecik tp boleh membawa kepada benda yg lg besar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...