Followers

Ahad, 10 Oktober 2010

Hoi!!! Jom Berhenti Merokok!!!


Salam serta Selamat Datang kepada semua pelawat blog Hoi!!! AMIRUL ARIF. Entri kali ini pujangga nak bercerita mengenai cara-cara dan tips-tips untuk berhenti merokok. Al-maklumlah baru-baru ini harga rokok dinaikkan lagi sebanyak 70sen, memang akan menjadi bebanan kepada perokok tegar dan perokok muda di seantero Malaya ni. Winston merah dah 8 ringgit lebih dan Dunhill,Kent dan Marlboro pula kini mencecah hampir RM11.00. Mampu lagi ker korang nak menanggung bebanan kewangan untuk membeli rokok sekarang ni? Dulu mungkin bolehlah nak hisap separuh lepas tu buang, kini nak tak nak pujangga yakin ramai yang akan "pancung" jer.hahaha

Every breath you take will eventually shorten your life
Disebabkan rasa tanggungjawab yang menebal didalam hati pujangga,pujangga ingin berkongsi dengan perokok-perokok tegar mahupun perokok pasif (orang yang selalu terpaksa menghidu asap rokok) cara-cara untuk berhenti merokok :
  •  Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Jadikan ia sebagai cabaran dan matlamat kepada diri.
  • Yakin kepada diri yang anda boleh berhenti merokok.
  • Buatkan nota peringatan bahawa anda ingin berhenti merokok.
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok dan saya harus berhenti merokok".
  • Sentiasa berfikiran positif dan yakin anda tak perlukan rokok untuk hidup.
  • Dapatkan sokongan dari keluarga atau rakan-rakan.
  • Gunakan terapi pengganti nikotin (mengunyah chewing-gum setiap kali ingin merokok).
  • Amalkan 12 M untuk berhenti merokok.
Apa tu 12 M pujangga hoi!!!....Nak tahu? jom baca dibawah :

  1. Melengah-lengahkan - Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  2. Menarik nafas panjang - Tarik nafas 3 kali perlahan-lahan
  3. Minum air - Terutama air masak.Elak minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri - Buat sesuatu untuk alihkan tumpuan untuk merokok
  5. Menjauhkan diri - Daripada orang yang merokok
  6. Mengelakkan diri - Daripada situasi dan keadaan yang mendorong untuk merokok
  7. Mengunyah sesuatu - Chewing gum dan buah-buahan (nasi lemak pun ok)
  8. Membasuh tangan selalu - Elak dari gatal tangan nak merokok
  9. Mandi dengan kerap - Boleh kurangkan nafsu merokok
  10. Meregangkan otot - Selalu melakukan senaman
  11. Meditasi - Yoga dah tak boleh dilakukan jadi bolehlah mencuba bertapa
  12. Memohon doa - Tawakal dan berdoa agar dikuatkan azam berhenti merokok
Sekian saja tips-tips berhenti merokok daripada Hoi!!! AMIRUL ARIF. Cuba kita berhenti merokok sejenak dan fikirkan berapa banyak dah kita laburkan ke dalam industri merokok tanah air????

P/S Ada sesiapa boleh tolong tak kenapa pujangga x boleh upload gambar kat blogspot nih. kotak upload x keluarlah.TOLONG..TOLONG..TOLONG..

    18 Komen Hoi!!!:

    Zack Zaifull berkata... [Reply]

    dah lebih nak masuk 3 bulan dah berenti merokok

    Khairi berkata... [Reply]

    bagus2. sila berhenti sekarang. mmm... aku tak merokok, tapi dalam umur 45 nanti (klu pjg umo), nak start isap rokok gak.

    Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

    zack=bagus2...memang susah nak berhenti

    khairi=erkk nape nak merokok?better xyahla bro...bro tggu umo 45,rokok ntah2 dah 30 hinggit sekotak...

    amirpo. berkata... [Reply]

    rokok itu keperluan.



    bagi sesetengah orang.

    peace.:)

    East Boy berkata... [Reply]

    Info yang bagus tu.

    Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

    hehehe popo...keperluan bg siapa??? hero hitam?hehehe

    one2paii berkata... [Reply]

    nasib la gua isap rukuk gulung jerk..harga maintain n jimat..

    Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

    hehehe tu arhhh...jom brubah ke rokok gulung..heheehehe

    Fontonk berkata... [Reply]

    aku dah berhenti merokok. haha.
    kepada yg merokok tu, lantak depa lah. haha
    aku dah tak mampu nak nasihat kawan2 aku.
    budak2 bilik aku semua masih merokok. bia lantak la.

    caliph shuriken berkata... [Reply]

    sy mmg bukan perokok, hikk...

    Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

    fontonk....hmm ntahla inilah masalah bila da jd perokok tgar....susah nk bhenti..


    caliph=hehe bagus2.hikkks

    grOundnUt berkata... [Reply]

    oh!aku masih mencuba...tapi masih tak boleh nak berhenti...hoi!tolong lah aku...^^'

    ken berkata... [Reply]

    smoking is bad =)

    mamakembar3 berkata... [Reply]

    good tips.. mama dah paksa ayah baca & siap lecture lagik hehehe

    Nurhashimi berkata... [Reply]

    m ke 13,merokok.hehehe.

    Nurhashimi berkata... [Reply]

    m ke 13,merokok.hehehe.

    Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

    groundnut=hehehe cuba amalkan 12 M dan tahan nafsu merokok

    ken=yeah bad for smoker n others

    mamakembar3=hehehe kasi lecture abis2...cian kat 3 kembar tuh...

    shimi=haha korok mg...

    nusha berkata... [Reply]

    heheh,sy ader bnda len yg leh gantikan rokok tu..mcm rokok jg tp pda perokok tegar amat sesuaila produk ni.mmg jimat,xrugikan korg yg mmg ske mbazir ngn bli rokok tu ok.nak tau,hai2 sy t ea..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...