Followers

Ahad, 31 Oktober 2010

Hoi! Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Seperti yang diketahui ramai,Keputusan Akhir Piala Malaysia 2010 adalah memihak kepada negeri KELANTAN .yehaaaaa akhirnya pasukan favourite pujangga menang.Gomo Kelate Gomo.RED WARRIORS HEBAT.


KELANTAN 2 - 1 NEGERI SEMBILAN


Gol pertama pada perlawanan ini dimiliki oleh NEGERI SEMBILAN apabila penyerang muda berbakat mereka SHAHURAIN,24 menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 13 hasil daripada S.Kunalan dijatuhkan oleh penjaga gol Kelantan ,Khairul Fahmi. 

Separuh masa pertama,Negeri Sembilan benar-benar menampakkan kesungguhan untuk menyerang dan membawa pulang Piala Malaysia 2 kali berturut-turut. Negeri Sembilan menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dengan 60 % penguasaan bola namun memberikan 7 sepakan penjuru kepada Kelantan tanpa hasil.

Separuh masa kedua ,penguasaan Negeri Sembilan tersentak bila Kapten gantian mereka, Aidil Zafuan mengalami kecederaan lutut  yang sama seperti dihadapi adiknya,Zaquan Adha iaitu kemungkinan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL). Selepas ketiadaan Aidil,pertahan mula goyah dan pada minit ke 56 Hairuddin Omar menanduk masuk lencongan dari Norsyahrul Idlan Talaha.

Gol kemenangan KELANTAN pula dijaringkan oleh Badhri Radzi pada minit ke 64.Akhirnya doa Tok Guru dan semua rakyat Kelantan dimakbulkan dengan kemenangan 2-1 di Stadium Bukit Jalil.Pujangga juga amat gembira bila sasaran pujangga menepati keputusan hari ini (Klik di sini untuk membaca) Tahniah dari Hoi! AMIRUL ARIF diucapkan kepada skuad bolasepak Kelantan.

Skuad KIJANG mengamuk di Stadium Bukit Jalil

Jom Tengok Video Gol  Final Piala Malaysia 2010 :

Gol Shahurain 1-0 :  

Gol Hairuddin 1-1 :

Gol Badhri Radzi 2-1 :



15 Komen Hoi!!!:

Pujangga berkata... [Reply]

Gomo KELATE Gomo

nebular berkata... [Reply]

Kelantan Juara!!!!!

G@skoloh berkata... [Reply]

hah!! merato G cari video gol kelate hok lawa2 nih. dok sini ruponyo.. "gomo kelate gomo"

Pujangga berkata... [Reply]

@nebular : gomo klate gomo

@gaskoloh : maghi dtg lg dehh

.Diyana Abd Rahman. berkata... [Reply]

lorh! menang kat abe lar! syabas!

Jey Yusuff berkata... [Reply]

gomo kalte gomo. mugo kawe 6 tahun duk klate. pakat sokong klate

fanCy berkata... [Reply]

fuhhh, siap dengan video lagi.. GOMO KELATE GOMO.. !!

nik rosmawati berkata... [Reply]

yeay..menang akhirnya..!!

c2u berkata... [Reply]

rezeki allah utk kelantan..setelah sekian lama..menanti kini piala kebanggaan singgah jua di negeri cik siti wan kembang..majulah sukan untuk negara..

NiK iMaN berkata... [Reply]

hha.meme ghama la pok2 klate dok paka bju meghoh.takut jugok kalu kaloh tau2 pok2 dio g bom stadium nuh.mugo kito anok jati klate kee..hehe*ttbe kecek klate pulok* hee..pape pon tahniah!sy pon sokong klntn! =)

fiziesss berkata... [Reply]

Yes..banggo kawe jadi anok klate..nice blog..cantik..

nur aisya humaira berkata... [Reply]

congrate to ore klate...;)

M a W a D D a H berkata... [Reply]

memang best giler tengok permainan malam tadi...

SYaMiLa berkata... [Reply]

kelate juara..ahlamdulillah

Cik Aien berkata... [Reply]

Hobin jang hehe! peminat nogori jo nie :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...