Followers

Rabu, 13 Oktober 2010

Hoi!!! Mahukan Blog Anda Dikenali Ramai???

Hoi!!! AMIRUL ARIF pada entri ini ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan yang pujangga perolehi daripada dunia blogging ini walaupun masih sedikit jika dibandingkan dengan yang lain. Mungkin ramai di antara kita yang masih baru mahupun hijau dalam arena blogging tanah air ini. Soalan-soalan yang sering dikemukakan oleh para blogger adalah bagaimana mahu membuatkan blog mereka menjadi popular ATAU dikenali ramai. Antara cara-cara yang sering kita dengar melalui tips-tips mahupun tutorial yang diberi oleh para blogger yang telah berjaya adalah dengan membuat kontest dan membuat entri-entri yang panas. Pujangga juga ingin berkongsi cara-cara untuk membuatkan blog anda dikenali ramai dalam jangka masa yang pantas dan caranya adalah melalui BLOGWALKING!!!. Mungkin ramai yang akan berkata"Elehh semua orang tahu kena blogwalking baru traffik datang..poyolah pujangga..hehe"

TETAPI

Berapa ramai antara kita semua mengetahui cara BERBLOGWALKING YANG BERKESAN ?. Hah mesti ramai yang dah teruja bukan? Tanpa membuang masa,pujangga ingin menjelaskan cara pujangga sehingga mampu mendapat sebanyak 529 FOLLOWERS (pada 13/10) hanya dalam masa 5 BULAN sahaja (bukannya riak,takbur mahupun ujub sekadar ingin berkongsi). Pujangga tidak pernah meminta mahupun memaksa pengunjung blog ini untuk follow Hoi!!! AMIRUL ARIF ini sebaliknya pujangga telah menemui cara berblogwalking dengan mengkhususkan 4 KUMPULAN BLOGGER DI MALAYSIA. Blogger pun ada kumpulan ker pujangga? Ya!!! tanpa kita sedari,kita semua juga telah termasuk dalam kumpulan-kumpulan blogger ini. 4 KUMPULAN BLOGGER DI MALAYSIA adalah :


BLOGGER POLITIK

Seperti yang kita semua sedia maklum,bicara politik di Malaysia ini tidak pernah kering mahupun habis dibicarakan  oleh orang ramai. Justeru itu, blog-blog berasaskan partisan mahupun politik kian bertambah "bak cendawan tumbuh selepas hujan". Secara tak langsung,inilah peluang bagi kita semua untuk memperkenalkan blog masing-masing ke dalam kelompok BLOGGER POLITIK ini. Sebagai contohnya, pujangga cadangkan anda semua sering memberi pendapat peribadi di dalam blog-blog ini walaupun ANDA TIDAK MEMINATI POLITIK. Ini adalah cara berkesan untuk menarik traffik dari jumlah pembaca yang begitu ramai di dalam kumpulan Blogger Politik ini. Usaha itu penting dari sekadar bertanya tanpa usaha. Contoh BLOGGER POLITIK : milosuam


BLOGGER BARU

Sama seperti BLOGGER POLITIK, kumpulan BLOGGER BARU juga bertambah hampir setiap hari. Kumpulan sasaran ini paling mudah untuk kita TARIK TRAFFIK dari mereka. Kebanyakan blogger baru ini juga tidak segan dan malu-malu untuk "FOLLOW" blog-blog yang memberikan sedikit lawatan kepada blog mereka. Tetapi!!! pastikan anda semua sentiasa meng"update" blog agar lawatan yang dilakukan oleh kumpulan Blogger Baru ini berterusan dan seterusnya menjadi followers setia blog anda. Kumpulan Blogger Baru ini juga pujangga boleh klasifikasikan sebagai ikhlas kerana kebanyakan dari mereka akan terus mengunjungi blog-blog yang prihatin terhadap mereka walaupun tuan blog tidak membalas kunjungan (harap janganlah tak balas..kesian mereka dah berkorban masa untuk anda!!!) Contoh BLOGGER BARU : Makbed


BLOGGER TEGAR

Kumpulan BLOGGER TEGAR merupakan golongan terbesar yang melakukan aktiviti BLOGWALKING dalam dunia blogging di Malaysia sekaligus merupakan kumpulan yang paling penting untuk anda semua dekati bagi memastikan blog anda dikenali serta mempunyai jumlah followers yang membanggakan. Cara untuk mengenali Kumpulan Blogger Tegar amatlah mudah. Cuba anda semua tengok SHOUTMIX @ CBOX anda semua,siapa yang sering kali memberikan lawatan serta mengunjung blog anda hampir setiap hari. Mereka semua sebenarnya adalah BLOGGER TEGAR. Pastikan anda membalas kunjungan dari BLOGGER TEGAR ini setiap hari dengan berblogwalking ke blog mereka. Memberikan komen di entri juga amatlah digalakkan supaya SEO blog anda boleh menyelit di SEO blog Blogger Tegar. Contoh BLOGGER TEGAR : Cikgu DahliaDarkbatman  


BLOGGER ISLAMIK

Pujangga juga baru sahaja menerokai dunia BLOGGER ISLAMIK ini jadi tidak banyak ulasan yang dapat pujangga kongsikan dengan semua TETAPI pujangga dapat melihat potensi-potensi menarik untuk sama-sama kita semua untuk mula berblogwalking ke dalam kumpulan BLOGGER ISLAMIK disebabkan terdapatnya banyak blog-blog berunsurkan islamik yang mula mendapat sambutan di kalangan para pembaca di luar sana. Secara jujurnya,pastikan blog anda semua berada dalam keadaan bersih sebelum meminta kunjungan balas dari saudara dan saudari blogger islamik nih bukan kerana pujangga hipokrit,tetapi untuk pastikan kita tidak mempengaruhi pemikiran Blogger Islamik ini dengan bahasa-bahasa serta gambar yang kurang menyenangkan dalam blog kita. Contoh BLOGGER ISLAMIK : Tazkirah

Sampai sini sahajalah pujangga dapat berkongsi cara-cara berblogwalking dengan berkesan. Kita hanya perlu memfokuskan terhadap 4 KUMPULAN BLOGGER di atas jika benar-benar mahukan blog anda dikenali ramai di dunia blogging dalam masa yang singkat,tetapi pastikan anda sering mengeluarkan entri-entri yang bagus dan menarik bagi memastikan usaha blogwalking anda tidak sia-sia. Secara jujurnya ini adalah pandangan peribadi pujangga dan pujangga sedar jika ada yang kurang puas hati dengan entri kali ini.Sila berikan PANDANGAN anda untuk pujangga perbaiki. "Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah SWT tetapi disandarkan ke atas diri saya sendiri". sekian dari Hoi!!! AMIRUL ARIF


46 Komen Hoi!!!:

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

apa kata anda semua mengenai entri terbaru Hoi!!! AMIRUL ARIF

nina syakina berkata... [Reply]

hihi... btul tuhh... nina pon sama...
mmm... agak2 r, nina nih dlm kelompok yg mana ekk?? ngeee

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata... [Reply]

betul gak tu, bro...hehehe...keyrill ni blogger bru. thnk you ek for the tips!

amirpo. berkata... [Reply]

HOOIIII!!!!
hebat!!
entri yg sgt hebat!!

amirpo. berkata... [Reply]

HOOIIII!!!!
hebat!!
entri yg sgt hebat!!

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

nina= hehe rasa2 nina,nina tergolong dalam mana?

keyrill=hehe sama2..ilmu kalau x dikongsi,burn jer...

popo=hehe ni ikhlas ker x popo?hehe

Burger Hunting Mission berkata... [Reply]

hehe.memang nice tips.
kne masuk golongan blogger baru br leh ke blogger tegar.hehe

MuJE berkata... [Reply]

Hoi!!!

nice post bro! tapi malas ar nak join blog-blog politik ni. kawan ngan blogger baru la best..hehe

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehe betul2...strategi kena ada

Wan Gerrard berkata... [Reply]

Gerrard baru belajar, mintak tunjuk ajar bro.huhu

Gen Fujita berkata... [Reply]

tips yang bagus dan bermanfaat.

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

gerrard..aishhh bkn ang da popular ker?

gen..thnxx kerana meluangkan masa untuk membaca

eka berkata... [Reply]

saya tengah kompius sangat sangat ni , saya xpaham . HEE (:

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehe apa yang x fahamnya?boleh tanya...ni pujangga hanya sediakan kumpulan sasaran jika kita nk berblogwalking dengan berkesan

darkbatman berkata... [Reply]

aku blogger picisan jer bro.hehe

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

haha bro rendah diri lak...pujangga ni jadikan darkbatman n sis dahlia sebagai blogger idola taw..xcaya tgk blog list..hehe

Norasikin berkata... [Reply]

Sedihnya blog masak-masak tak de dalam senarai. Mungkin blogger semua sibuk mangadap komputer sampai lupa nak makan

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

norasikin= hehe janganlah sedih...blog masakan termasuklah dalam kumpulan baru dan tegar..pujangga x sempat nak huraikan satu2.just amik secara umum ja.=]

Teh Tarik Drinker berkata... [Reply]

menarik. actually ade banyak lagi kategori untuk bloggers but good job!

tehtarikmemoirs.com

fittiariri berkata... [Reply]

best tip thanx:)

DaHLia berkata... [Reply]

maluuuu...heehee kena bagi diskaunn nehhh :D

phreak id berkata... [Reply]

phreak-id <-- Blogger baru, rajin rajin la lawat balik ye.. hehehe


>>My Latest Entry<<
Miming Lawak : Lagu "I Want To Be A Billionaire"

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

TEH TARIK DRINKER=hehe betul2..maybe next time kowt..ni just mass target group

fittiariri=ur welkam..do visit back here

sis dahlia= hehehe malu2 lak...diskaun?wahhh nanti pujangga tuntut..ni tgh pk cmne nk wat banner

phreak id=betul tu..but kenala sama2 membalas kunjungan

Tungau Hijau berkata... [Reply]

perh! terbaek arh! thx brader... aku blogger baru kat blogger! sblom ni kat wordpress... tak ramai malaysian.. hahaha.... Nice Ultra blog!

INTANKUTERPILIH berkata... [Reply]

bagus2...buah fikiran yg sgt menarik...

aSmiDar berkata... [Reply]

Macam meletakkan nama blog kat tempat y dah glemer la??
untung2 orang lain nmpak...trus masuk page kita??

Gadis Kampung berkata... [Reply]

Seakan2 entry yang saya penah buat dulu tajuk 5 kategori blog..
my riginal opinion tak copy2 tau...
jom la tengok
http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/10/5-kategori-blog.html

zmah berkata... [Reply]

Bagus....TIPSnya

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

tungau-samala..sya pn blogger baru

intan=terima kasih

asmidar=betul2 cmtulah caranya..kita menumpang glamer

g.kg=hmm sama idea..kebetulan

fendi_scropio berkata... [Reply]

salam..cantik...

Nia berkata... [Reply]

salam ziarah ya,tak tau la saya kategori blogger yg mana.

belalang hijau berkata... [Reply]

satu perkongsian yang bagus...
thanks!

Tihara berkata... [Reply]

mmg blogwalking caranya dan jgn kedekut tinggalkan komen..tol tak ? :)

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

@fendi_scropioterima kasih

Fontonk berkata... [Reply]

blog politik, islamik, tegar dah ada. blogger baru je xde. ah. malas lah nak tarik pengunjung. hahahha. siapa la nak baca tulisan aku

kakyon@kakrose berkata... [Reply]

perkongsian yang baik amirul..

seriwangi berkata... [Reply]

T.kasih bagi info, taK KEDEKUT BG ILMU...MACAM ITULAH SERIWANGI MAHU.

Pujangga berkata... [Reply]

terima kasih kerana memberi komen..jemputlah datang lagi

zuar berkata... [Reply]

tips yg mnarik dari otai blog.thanks bro:-)

Simple Indulgence Blogspot berkata... [Reply]

Tips yang sungguh bagus n berguna.

hasrul hassan berkata... [Reply]

Salam .. saya lak blogger carca marba .. hehehee... leh la buat rujukan kat sini:

http://hasrulhassan.blogspot.com

dipersilakan untuk kutuk dan wat review

DearCats berkata... [Reply]

menarik tips ni.. main hoi hoii! pulak.. hahaha!*gelak beso* but undeniably catchy!

zuar berkata... [Reply]

hoiii!!!!!tips menarik la..memang best..sangat berinformasi..pasni kena g bw blog politik plak..apa lagi.....seranggggggg

mujahid berkata... [Reply]

nice tips,,
haha
keep up the moves oke?

NeF berkata... [Reply]

@Sang Pujangga Utara

style la . . .trima kasih untuk nasihat itu .. . .

mior muhammad nasrullah firdaus berkata... [Reply]

terima kasih diatas tips ini...
saya nak copy entry nie ea..
harap abg halalkan..
hahaha
saya still bru dia alam blog ni
bagila saya support sedikit..
click disini !
hope korang semua boleh follow saya.ngee~
terima kasih abg amirul arif !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...