Followers

Rabu, 27 Oktober 2010

Hoi! Malaysia Jadi Hub Pusat Hiburan Malam


Hoi! AMIRUL ARIF pada entri kali ini ingin membuka sedikit perbincangan dengan para pembaca sekalian mengenai masa depan MALAYSIA yang kini kian diambang kemusnahan dan kehancuran. Sebab apa pujangga cakap seperti ini? Masih berdarah lagi kontroversi yang melanda MALAYSIA bila pemimpin negara melibatkan diri dalam Islamic Fashion Festival yang baru-baru ini dilangsungkan di MONTE CARLO. Bagi yang masih tidak mengetahui apa yang berlaku di "ISLAMIC FASHION FESTIVAL" tu,pujangga kongsikan gambar di bawah ini :


Nampak gambar di atas?begitukah fashion berteraskan Islam yang dibanggakan oleh Malaysia?Tak cukup dengan itu, baru-baru ini Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apa maksudnya? lebih banyak kelab malam dan spa akan dibuka di Malaysia bagi menaikkan lagi pendapatan negara dalam industri hiburan malam. Lebih mengecewakan pujangga,had waktu operasi kelab-kelab malam ini juga akan dilanjutkan kembali sekaligus bertentangan dengan apa yang dilakukan Pak Lah yang mengehadkan waktu operasi kelab malam. 

Di saat ekonomi Malaysia tercinta ini makin nazak,mungkin dari sumber inilah yang bakal memacu ekonomi negara kita.hehe Selain itu,acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Ini bermakna syarat-syarat persembahan artis luar kini di longgarkan. Hmm teringin pujangga nak tengok Elton John datang Malaysia sebab dia pun  artis gay bergaya cam Adam Lambert..hahahaha

Dibawah ini pujangga letakkan entri sebenar dari Malaysiakini berhubung  isu ini hanya di Hoi! AMIRUL A RIF:

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina
Andrew Ong
Okt 26, 10
3:03pm



Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan. 

*APA PENDAPAT ANDA SELAKU RAKYAT MALAYSIA?JOM BINCANGKAN ISU INI

17 Komen Hoi!!!:

Zahier Naqiuddin berkata... [Reply]

aku berbangga jd rakyat malaysia... tahniah kepada kerajaan malaysia...
inilah contoh kerajaan yg baik.
hehehehe... *sarcasm*

shazlida mohd shafee berkata... [Reply]

pelik tapi benar , orang melayu lagi tekinja dgr brite ni . hai , untung lah badan . lepas ni , sumber pendapatan negara pun x tau dari sumber halal atau sebaliknye . yang kite mampu , doakan Malaysia terus bwh barakah Allah SWT .

Wan Gerrard berkata... [Reply]

hmm makin ramai la orang asing kat central market tu..
tiada mendatangkan faedah kepada penduduk sini, makin rosakkan adala..
adoi2, nak duit je tau

Imz Jentayu berkata... [Reply]

emmm....apa nak jadi???

Pujangga berkata... [Reply]

zahier=mmg kerajaan yang terbaik di dunia

sha=aminn

wan gerrard=ni lah terjadi bila kroni menguasai negara..lol

jentayu=nak jadi apa lg,tonggang terbalik lah negara =[

Izamir Ridzwan berkata... [Reply]

dunia akhir zaman...

Pujangga berkata... [Reply]

betul tuh bro...dunia makin tua,kita makin alpa

Fontonk berkata... [Reply]

gua nak pindah siam lah kalau macam ni keadaan malaysia. hahaha

siyes, bodoh gila lah siapa punya idea nak buat kelab malam bnyk2 (kalau betul/sahih)

Pujangga berkata... [Reply]

MEMANG BENDA NIH SAHIH BRO...x percaya malaysiakini? jom baca sumber kerajaan http://www.pemandu.gov.my

darkbatman berkata... [Reply]

ramai yg komen sal adam lambert n islamic fashion 2.. mcm lari drpd landasan kita..

zaman al-kelantani berkata... [Reply]

salam ziarah...mcm mana nak jadikan negara Malaysia masalah gejala sosial berkurangan klu dh kelab malam makin bertambah..dari pemerhatian saya, ramai dikalangan rakyat kita suka kepada kelab malam seperti guru, org dewasa, bapakk2 dan ibu2 yang hendak ilangkan tension,remaja dan para belia semua minat benda2 mcm spa dan kelab malam..institusi masjid jadi makin terbiar sbb semua org jadikan spa dan kelab malam sbgai tempat menghilangkan tension dan masalah..lagi satu duit kerajaan adalah hak rakyat..apa kata kalau ia diberikan kepada golongan miskin dan para pelajar yang hendak sambung pengajian..Wallahu A`lam..

imaza93 berkata... [Reply]

salam , huh ! takutnya bila dapat berita macam ni.... macam mana lah Malaysia nanti ye ? hmm....

Pujangga berkata... [Reply]

mari kita doakan malaysia negara kita agar sentiasa terhindar dr gejala maksiat dan unsur-unsur yang melalaikan..aminnn

Amri Rani berkata... [Reply]

singgah berpujangga....
byk2 kelab, kelab malam jugak mnjadi pujaan...hehe
P.Ramlee kata Al Kelabu Malami...

Pujangga berkata... [Reply]

abehh xkn nk wat kelab pelcuran..hehehe arap2 x watla

ASaDa RyutaRo berkata... [Reply]

hahahaha.. ajak la adam lambert tu dtg malaysia. nak tengok lepas tu orang ada aids bertambah. bala.. bala..

banyak lagi cara lain nk jana ekonomi. yang itu jugak dalam kepala diorang.. hadoiii!! tahniah lah utk pemimpin negara sekarang!

ASaDa RyutaRo berkata... [Reply]

mungkin malaysia kena buat rumah pelacur antarabangsa utk tarik kebanjiran pelancong luar. rakyatnya dah ramai yg sudi korbankan mahkota.. hahahaha

dah dapat baby, boleh buang.. hadoiii!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...