Followers

Khamis, 21 Oktober 2010

Hoi! Michael Jackson-China




Hoi! AMIRUL ARIF pada entri ini ingin berkongsi sedikit cerita lawak dengan para pembaca sekalian. Sudah lama pujangga tidak mengarang cerita lawak semenjak kisah Hoi! Hanya Kerana 5 Kupang yang menerima pandangan dan balasan yang menggalakkan dari pembaca  sekalian. Tanpa membuang masa,jom membaca kisah MICHAEL JACKSON-CHINA di bawah hanya di Hoi! AMIRUL ARIF :

Deng Xiaoping, merupakan seorang pemuda China yang sangat kaya tetapi tidak mahir dalam bahasa Inggeris tiba di lapangan terbang di New York.

Setelah memasuki kawasan masuk imigresen, semasa hendak meng"cop" passport, petugas  imigresen menanyakan beberapa pertanyaan dalam bahasa Inggeris untuk mengetahui tujuan kunjungannya ke Amerika Syarikat .

Soalan pertama petugas imigresen : "Apakah nama terakhir Presiden Pertama negara kami?"

Disebabkan tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik, Deng Xiaoping ingatkan yang petugas itu bertanyakan nama keluarganya. Lalu dia menjawab: "Wo Xing Deng" (dibaca: wo sing Teng). Dalam Mandarin bererti: "nama keluarga saya Deng". Untuk pengetahuan semua, orang China selalu memperkenalkan diri menggunakan nama keluarga.

Petugas itu mendengar "Washington! " (bunyinya seakan-akan sama) lalu dia meneruskan ke soalan ke 2: "Apa tujuan kamu datang ke Amerika Syarikat?"

Disebabkan tidak memahami apa yang dikatakan, Deng Xiaoping beranggapan tentu sekarang petugas itu menanyakan namanya. Lalu dia menjawab: "Xiaoping."

Petugas itu mendengar : "Shopping!"

Soalan yang ke 3: "Apakah kenderaan yang kamu gunakan semasa di Taiwan?"

Deng Xiaoping sekali lagi berfikir mungkin dia ditanya akan statusnya di Taiwan, dan dia menjawab dalam bahasa Hokkien: "Bo bo.” (dalam bahasa Hokkien ianya bererti: "Belum berkahwin").

Dan petugas itu mendengar seakan-akan: "Volvo!" lalu dia pun tersenyum dengan bangganya dan bertanya lagi soalan yang ke 4:  "Siapa penyanyi pop yang paling terkenal di Amerika Syarikat?”

Namun pada kali ini lelaki China itu sudah tidak dapat menahan sabar  disebabkan ditanya pelbagai jenis soalan dan  mula berkata dengan marahnya  bahasa Hokkien: "Mai Ko Cai Seng." (bererti "Jangan main-main lagi dengan saya").

Petugas itu mendengar: "Michael Jackson!"

Kagum akan pengetahuan mengenai Amerika Syarikat yang dimiliki Deng Xiaoping,petugas imigresen itu terus mengecop passportnya.sekian dari Hoi! AMIRUL ARIF

*PENGAJARAN : kita tidak perlulah pandai dalam bahasa sesebuah negara jika mahu ke negara itu..hehehe

8 Komen Hoi!!!:

Pujangga berkata... [Reply]

Apa kata anda?

Zahier Naqiuddin berkata... [Reply]

agak menarik :)

belalang hijau berkata... [Reply]

kebetulan yang amat bernasib baik...

AiDa AzRyN berkata... [Reply]

entri terbaek wokk! ;)

Pujangga berkata... [Reply]

@Zahier Naqiuddin menarik ke zahier?

Pujangga berkata... [Reply]

@belalang hijauhahah nasib,x siapa boleh sangka

Pujangga berkata... [Reply]

@AiDa AzRyNkehhh3 terima kasih

coklatchoc4u berkata... [Reply]

jalan2 lg kat cni ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...