Followers

Sabtu, 2 Oktober 2010

Hoi!!! Teknik Kuala Lumpur (TiKL) bakal menjadi Sekolah Vokasional?

Terkelu dan Terkilan hati pujangga lepas membaca post yang ditulis di group Technical Institute Of Kuala Lumpur(TiKL) di facebook yang mennyatakan TiKL(Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur), bekas sekolah pujangga bakal menjadi salah satu daripada 60 SMT yang akan ditukarkan standard aka sebenar-benarnya diturunkan standard kepada sekolah vokasional. APA? Sekolah kluster  dan teknik kawalan tak pasal-pasal diturun menjadi SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL kononnya? Ini lah nasib yang bakal ditanggung oleh para pelajar semua bila Menteri Pelajaran ditukar, ada sahaja pertukaran dasar yang dilakukan.Nasib badan lah labu..hehe

Kurang pandai atau langsung tak bijak sungguh pemikiran si pemikir idea ini..hmm pujangga tak nafikan memang ada kebaikan Sekolah Menengah Vokasional tetapi mestilah dipertimbangkan sekolah-sekolah mana yang bakal ditukarkan tarafnya dan kenapalah SEKOLAH TEKNIK KAWALAN pun hendak ditukar menjadi SMV? Bukan banyak pun teknik kawalan,ade 5 BUAH sekolah jer pun. Nak-nak lagi, TiKL dah menjangkau usia hampir 84 tahun jika di tambah usia kewujudan nya semenjak di Jalan Kolam Ayer sehinggalah di lokasi sekarang di Jalan Yaacob Latif. Apa yang lebih mengecewakan, mata pelajaran teknikal hanya akan di ajar di sekolah berasrama penuh sahaja. Adakah ianya bermaksud hanya pelajar-pelajar lepasan PMR yang dapat 6A dan ke atas sahaja layak mengambil bidang teknikal? Namun ianya tidak menjadi persoalan kerana had kelayakan bagi sekolah teknik kawalan adalah 5A dan ke atas bagi lepasan PMR. TETAPI,selepas kewujudan SMV,adakah lagi sekolah teknik kawalan?

Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
Bukan mahu merendahkan mahupun menghina,fikirlah kebanyakan dari engineer dan tenaga professional aliran teknikal di Malaysia ini datangnya dari sekolah teknik. Bahkan sampai ada ex-TiKL yang bekerja di Petronas,Shell,Touch n Go dan TNB sebagai antara pegawai besar di sana. Untuk yang kurang mengetahui, bekas Menteri Pengangkutan berbangsa Melayu Pertama selepas hampir 20 tahun legasi Datuk Seri Samy Vellu sebagai Menteri Pengangkutan adalah hasil bumi bertuah TiKL yakni Dato' Sri Mohd Zin Mohamed. Masih ada yang meragui kebolehan serta standard TiKL sebagai antara sekolah teknik terulung di MALAYSIA secara amnya?

Tidak mahu berleter panjang lagi,jom saksikan petanda-petanda TiKL bakal di SMV kan hanya di Hoi!!! AMIRUL ARIF:

Ura-ura yang menjadi kenyataan..20/10/2010 dijangka pengumuman akan dibuat

Artikel berita pada November 2009 mengenai hasrat mewujudkan SMV

#Mari kita nantikan detik 20/10/2010 yang dijangka bakal menjadi hari bermulanya kejatuhan TiKL sebagai antara sekolah teknik yang terbaik di MALAYSIA

16 Komen Hoi!!!:

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

Apa kata anda semua? Mari kita kongsikan pendapat serta pandangan anda mengenai isu ini

CuteOven berkata... [Reply]

salam...macam mana boleh jadi macam tu...my hubby dulu pernah bersekolah sekejap disitu sebelum masuk RMC
harap dapat dikekalkan sebagai sek teknik kerana sek teknik adalah sek teknik tak sama dgn sek vokasional
dan pelajar yg masuk di sek teknik berbeza kategorinya...

alinac lover berkata... [Reply]

saya Ti Penang :)

sumpit berkata... [Reply]

pembuat dasar kdg2 fikir utk kebaikan diri je...
http://sumpit2u.blogspot.com/

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

cute oven=taw xpa...standard pon berbeza....klu betul nak perbanyakkan vokasional,buatla skolah bru,x pon tuka skolah biasa jd voke...

alinac=hidup Ti

sumpit=hmm kita sbg marhaen hanya boleh mengikut sahaja

makbed berkata... [Reply]

TiKL tetap bersemadi di hati pelajarnya sbg sekolah teknik tersohor di Malaysia.

Payah nak cakap le..Struktur pendidikan negara kita tak kukuh. Seringkali bertukar. Masing-masing nak tunjuk hebat. LAstnya anak-anak kita ni yang suffer.

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehe betul tuh makbed...pentingkan diri sendiri ja dorang nih

xerox_91 berkata... [Reply]

Bro, we need to stand up and speak up...
kdg2 aku dah naik muak dengan dasar pelajaran negara yg x habis2 memperjudikan masa depan generasi masa depan...
TI x berdosa, malah berjasa pada bangsa melayu dan golongan yg x kemampuan...

ex-Bos, PSS TIKL 08

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

betul2 bro...semua nak tunjuk hebat bila dapat pegang sesuatu position,nak buat benda baru soh org kenang..tapi impak dan kesan pelaksaan benda baru tuh menindas org lain bukannya nak dihiraukan...hmm harap ada yg mampu mengubahnya


ex-ketua pembangkang, PSS TiKL O8 haha

suzzsuzie berkata... [Reply]

mmg tak patut langsung...knp sis pendidikan negara kita ni tak konsisten? kejap macam ni kejap macam tu..tak kaji dengan mendalam pas tu nanti nak ditukar lagi...teknik tu kategori lain..mana boleh nak sma dgn SMV...ank sedara i pun belajr teknik skg ni kt KLipis...lgpun heran gak knp sek teknik tak femes macam dulu2...

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hmm tulah....pastu nak msukkan subject teknikal dlm sbp lak...abesla anak2 melayu yg x score masa pmr...

teknik sering dianggap pilihan ke 3 sedangkn lebih bgus dr yg lain

n4dh!3r4 berkata... [Reply]

laaa.. awatnya yg nak tukar pulak? dah la pure TI ada 9 je dalam malaysia neh.. makin berkurang la kredibiliti sekolah teknik yg tulen.. harap2 TI Penang tak di"dowgrade" jugak. :(

Sang Pujangga Utara berkata... [Reply]

hehe harap semua pure TI x dikacau

meera^da cute..*_* berkata... [Reply]

oh...tikl is my best ever school....
sampai ati dorg wat gini...ingat senang ke pelajar2 dan guru2 memartabatkan tikl seperti gahnya tikl berdiri hari ini?? plez arr..


rase nak balik tikl jumpe ustaz jusoh,mama faridah, cikgu rosnani, cikgu khatmi..i miss them already..


me, penakluk dorm bakawali, tanjung, 4E3, 5E3 dan koop tikl 2004-2005

Tanpa Nama berkata... [Reply]

x patut!! x patut!!

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Tikl still teknik lagi. Don't worry ~ Haha Tikl is the best :D Kluster kecemerlangan 5s :p Batch 12/13

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...