Followers

Ahad, 7 November 2010

Hoi! Apa Penyakit Seorang Blogger?

Assalamualaikum dan salam Ahad pujangga ucapkan kepada semua pelawat dan pembaca setia Hoi! AMIRUL ARIF yang tak letih berkunjung ke mari. Seperti yang pujangga janjikan di entri lepas,pujangga akan berkongsi beberapa penyakit yang sering kali menjangkiti kebanyakan insan yang bergelar blogger. Penyakit? Ya...tetapi bukanlah penyakit seperti alzheimer,thalasemmia,goiter mahupun acl sebaliknya ianya adalah penyakit yang berkaitan sikap serta dalam diri blogger itu sendiri.

Siapa yang berpenyakit? BLOGGER
Pada permulaan kewujudan blog masing-masing,pujangga yakin yang para blogger ini akan berasa ghairah dan bersemangat untuk mengarang pelbagai entri-entri yang bagus serta menarik dek kerana idea yang datang mencurah-curah ibarat banjir yang berlaku di Kedah dan Perlis ketika ini. Macam mana pujangga tahu? Pujangga pun pernah melalui pengalaman yang sama. Kalau di ikutkan hati, mahu setiap hari nak update blog. Lagi menambah keghairahan apabila bilangan followers dan pelawat yang mengunjungi blog anda mula bertambah. Rasa macam nak buat entri setiap jam..hehe

Berbalik pada penyakit yang ingin pujangga kongsikan bersama rakan-rakan sekalian, setelah melakukan beberapa kajian dan penyelidikan mengenai penyakit yang mudah melanda  para blogger, pujangga telah menemui 3 sindrom . Lepas ni boleh la panggil pujangga sebagai DR Pujangga (bukan DR ROZMEY ok?). Tanpa membuang masa, jom baca penyakit yang mudah melanda para blogger hanya di Hoi! AMIRUL ARIF :

Penyakit 1 : Sindrom K.I. (Kurang Idea)

Penyakit yang pertama ini amatlah mudah berlaku kepada para blogger tak kiralah samada blogger baru mahupun blogger berpengalaman. Punca Penyakit?  Ianya berlaku apabila kebanyakan dari para blogger ini telah mengerah segala peluh idea di awal kewujudan blog mahupun ketika sedang aktif untuk berblogging. Sindrom K.I. ini mula boleh dikesan apabila blogger mula rasa buntu dan seperti tidak tahu apa yang patut di pertonton atau disajikan kepada pembaca blog mereka. Selain itu,ia akan dapat dikesan apabila masa yang diperuntukkan untuk membuat sesuatu entri bertambah,contohnya pada kebiasaan satu entri dapat disiapkan paling lama dalam masa 2 jam,secara tiba-tiba masa yang diambil mencecah 2-3 hari dan kadang-kala tetap tak dapat menyiapkan hatta satu entri

Memang pujangga tak nafikan ada blogger yang tidak update blog sehingga berminggu tetapi traffik yang di terima amatlah masyuk seperti Hanis Zalikha.(korang tengoklah pulak followers dia berapa?12k weh)  dan ada juga blogger yang mengupdate blog selang beberapa jam setiap hari seperti BEN ASHAARI (jenis otak sentiasa ada idea) Bagi pujangga, kita hendaklah mengukur baju di badan sendiri. Sokong ker Tidak? PENAWAR?Setiap penyakit mestilah ada penawarnya,Dr Pujangga menasihatkan pesakit yang mempunyai masalah ini untuk banyak-banyak menyimpan draft entri ketika mempunyai idea yang mencurah,kiranya bolehlah "auto publish" jer bila penyakit ini menyerang.hehe

Penyakit 2 : Sindrom M.M. (Malas-Malas)

Penyakit yang kedua ini yang dikenali dengan nama Sindrom M.M. ini amatlah berbahaya dan merupakan penyumbang terbesar di antara 3 penyakit yang menyerang para bloger kerana ianya berlaku sekelip mata dan tidak pernah memberikan tanda-tanda awal mahupun amaran kepada penghidapnya. Punca Penyakit? Pujangga klasifikasikan puncanya sebagai penyakit bermusim.Contohnya pada musim ini semua sibuk berblogging,maka kita pun akan turut sama menyibukkan diri berblogging,setelah mendapat hobi bermusim yang baru,kita mula malas-malas untuk mengupdate blog dan minat mula luntur akhirnya menyebabkan blog ditutup.

Secara jujurnya,ianya juga pernah berlaku di permulaan kehidupan pujangga sebagai blogger setengah masa apabila sambutan yang diterima blog pujangga kurang memberangsangkan dan membuatkan pujangga berfikir "Kenapa aku sibuk-sibuk update blog,padahal tak ada siapa baca pun.." Pujangga memang betul-betul tak dapat berfikiran dengan waras pada ketika itu sehinggalah pujangga menemui blog Cikgu Dahlia dan Darkbatman  yang mempunyai tutorial yang baik untuk blogger-blogger yang baru mendapat tempat di arena blogging. Penawar penyakit? Penyakit ini sebenarnya tiada penawar kerana hanya diri blogger itu sendiri yang dapat mengubati penyakit ini. Pujangga nasihatkan penghidap penyakit sindrom ini untuk mengambil sedikit masa dan mula berfikir,apa sebenarnya tujuan dan impian blog anda. Adakah cara penulisan yang kurang menarik?jika ya, pastikan anda BERUBAH!!!

Penyakit 3 : Sindrom C.P. (Copy Paste)

Hah pujangga yakin ramai yang terasa bila membaca mengenai penyakit ke-3 dan juga yang terakhir ini, Penyakit Sindrom C.P. Penyakit ini dah mula melanda kebanyakan dari blogger di seantero Malaya apabila banyak blog-blog yang lebih gemar untuk Copy Paste sahaja berita-berita sensasi dan terkini di media massa dan berpaksikan dengan alasan menaikkan Trafik Blog menggunakan SEO(search engine optimization). Sememangnya tidak salah untuk kita C.P. artikel yang disediakan di media masa mahupun media online,tetapi kita haruslah menyelitkan sedikit pendapat dan rumusan peribadi terhadap artikel Copy Paste yang digunakan. Punca Penyakit? Tidak lain dan tidak bukan,punca penyakit ini adalah TRAFFIK. Pujangga tahu ramai blogger di luar sana begitu dambakan curahan traffik yang melimpah dan membuak-buak (sarcasm)datang ke blog mereka dan ianya memerlukan sesebuah blog memperbanyakkan entri dalam satu hari. Penyelesaian termudah,terhasil lah lambakan entri Copy Paste di arena blogging.

Pujangga sebenarnya secara peribadi sudah mula merasa sukar untuk mencari blog yang boleh memberikan kelainan kepada pembacanya. Blog yang pujangga rasa mempunyai identiti yang tersendiri dan tidak terpengaruh sangat dengan berita-berita di luar sana adalah blog Telur Dibasuh dan juga blog Karingeri . Bagi yang tidak pernah memasuki blog-blog ini,bolehlah menjenguk sebentar..(promot nih) Ok, Penawar Penyakit untuk sindrom ini adalah dengan melihat kembali entri-entri lama di blog anda. Secara tidak langsung ia akan dapat membuatkan anda sedar yang anda sebenarnya mampu membuat entri sendiri tanpa perlu mencedok dari mana-mana sumber lain.(kalau pernah ada buat sendiri lah) Kalau ambil dari sumber lain sebagai rujukan,tidak mengapa tetapi janganlah sebijik. Setakat copy lepas tu paste kemudiannya publish,adik-adik 7 tahun pun boleh jadi blogger.

Rasanya sampai di sini sahajalah bebelan Dr Pujangga untuk semua. Apa yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu juga datangnya dari ALLAH tapi disandarkan ke atas diri pujangga sendiri. Sekian dari Hoi! AMIRUL ARIF

26 Komen Hoi!!!:

Mohamad Izwan berkata... [Reply]

tiada idea tu selalu terjadi.. biasa time pale tengah serabut.. haha

Pujangga berkata... [Reply]

@Mohamad Izwantaw xpa...ini sebab pujangga kongsikan bnda nih..mana taw sesiapa ada idea utk atasi masalah ni

[z@ck] berkata... [Reply]

ku tak pernah buat copy paste tu.apa kes nak tiru idea org.dari CP baik tak payah update.nanti kena serang je dgn org lain.hahaha

S..U..D..@..I..S berkata... [Reply]

ketiga penyakit ada..haha... camna nih pujangga

MsFazlillah berkata... [Reply]

penyakit erma lak, malas+takde idea+serabut= penawar ape? hehe

Jey Yusuff berkata... [Reply]

tq Dr.. nanti jey refleks balik jey ada penyakit 3 serangkai tu tak...

Pujangga berkata... [Reply]

@[z@ck]hehe bukan tiru idea org ja maksud C&P saya,termasuklah artikel akhbar tuh...kbanyakan amik pastu letak ja

Pujangga berkata... [Reply]

@S..U..D..@..I..Shaha parah dah tu...parah...wat operation meh

Pujangga berkata... [Reply]

@MsFazlillahminum air dari kaki 14 gunung =.=

Pujangga berkata... [Reply]

@Jey Yusuffhehe pi2 tgk diri

yusri berkata... [Reply]

salam amirul,entri ni best. Cmne dapat idea ni?..Blog pun senang nak bukak dan sedap mata memandang..Lastly buleh tak exchange link dgn saya?.Saya masih x ada banner lagi..on the process.Maklumla budak baru belajaq.

zuar berkata... [Reply]

amat2 tepat skli pykt tu bro. ni ada 5 lagi penyakit saya nk tmbh..jom tgk..hehe

http://www.zuarxpdc.com/2009/05/5-penyakit-tersembunyi-usahawan.html

Kamil ace[tm] berkata... [Reply]

kadang2 kalau idea tu dtg mencanak-canak..
skali xde mmg blur je..hahah

darkbatman berkata... [Reply]

salam bro..

thx utk link..terase dihargai..hoho.. ape yg ko ckp 2 sume btl.. even ak sendiri penah 3-4 hari xblh nk wt en3 sbb hilang idea..mood berblogging kelaut..tp bile tgk kwn2 seperjuangan post en3 best, semangat 2 dtg tanpa susah duk cr2..hee. psl berita 2, dlm dunia blogging kita mesti mcri duit sampingan spt nk byr domain n hosting sume..heh.melainkan gune blogspot maybe xde hal.. kdg2 berita ne xsume bleh translate dlm bahasa sendiri.. mcm aie sendiri bkn pandai sgt bm.. hahahahaha..
tq nice info bro.. mmg kena ngn aku..hoho

sedutzone berkata... [Reply]

penyakit nombor 3 tu, bukan xboleh, tapi jangan la copy paste seketol-seketol... penat2 org cari, dia senang2 copy paste semua sekali... haram...

yenyenpreng berkata... [Reply]

i blog suka-suka.sebab memang suka menulis.so tak timbul pun kes penyakit2 ni.. :)

Iskandar Shah berkata... [Reply]

aku cume ade syndrom yg 1st ngn 2nd je. yg last tu x de kot.. sumenye ori.. hehehehe~

Pujangga berkata... [Reply]

@yusri-hehe dr apa yg kita nmpakla...waa thnxx sbb puji..bese2 jah

@zuar-thnxx =]

@kamil-betul2 setuju sgt..x dijangka

@darkbatman-thnxx bro komen..

@sedut-hapuskan gejala plagiarism

@yenyenpreng-hehe kalau blog personal okla..tp kadg2 org bsg gak sbb x update

@iskandar-bagus2

gnesop.com berkata... [Reply]

harap blogger dijauhi dari penyakit di atas..
dah ada simptom2, cepat2 cari ubat..

BezBuddy berkata... [Reply]

hahaha...penyakit khas utk blogger...kreatif2..thumbs up!

Nur Fannun berkata... [Reply]

aku xda penyakit yg ko sbt tu mybe MM tu de ckit la kot..sbb aku de wt entry list, byk yg ngh tunggu queue..aku xsmpt nk update entry sbb aku sibuk nk bls BW, jaga trafik. dulu pki chrome asyik crash je tension aku, pki opera, firefox tenang cikit

roxybelleiyramethyst berkata... [Reply]

hahahahah....penyakit berat nie....nk cri dokto xjmpe lak...

saya_arief berkata... [Reply]

semua aku penah rase sindrom ni.
;D

syafiq affandy bin hasan berkata... [Reply]

aku macam ada semua sindrom je.. =.=

amirah berkata... [Reply]

karingeri...syiokk...
bilangan folower masa mula2 blogging mmg teruja bila bertambah tapi dh lama blogging kita tahu yg bukannya semua folower bca blog kita.ntah2 pas folo dh xpenah masuk.

lyadyana berkata... [Reply]

alamak,xdpt ke link telur dibasuh tu laa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...