Followers

Khamis, 11 November 2010

Hoi! Cerita Kreatif

Hoi! AMIRUL ARIF memulakan penjelajahan blogwalking bermula dari pagi tadi dan pujangga berkenan nak join satu kontest anjuran blogger senior aka BEN ASHAARI. Bro Ben telah menganjurkan kontest Cerita Kreatif berasaskan beberapa gambar yang diberikan. Selain itu,cerita kreatif ini mestilah mengenai dunia blog dan blogger baru. Sebelum nak join, macam biasalah mestilah bagi kredit sikit kat penganjur.Kalau tak penyertaan hangit burn.

 

Pujangga pun sebenarnya tak ada idea sangat disebabkan tarikh tutup kontest hanya ada 1jam je lagi.hehe Apapun, pujangga sebenarnya malu-malu kucing nak memulakan entri yang ringkas ini disebabkan dah tahu yang peluang pujangga nampak tipis yang amat dan terdapat banyak saingan yang hebat. Maklumlah kontest anjuran blogger hebat macam BEN ASHAARI(nak menang kena puji dulu)hehe.Jom baca cerita kreatif hanya di Hoi! AMIRUL ARIF :

Malu-malu kucing pujangga nak masuk kontest blogger hebat
Ini sebenarnya adalah salah satu benda yang mahu pujangga kongsikan dengan semua. Dunia blog ini bagi sesiapa yang kurang mengetahuinya adalah dunia yang comel kejam. Sebagai blogger baru,amatlah penting bagi kita untuk mengenali blogger senior supaya dapat di jadikan idola atau pun contoh di dalam dunia blog ini. Macam mana kita nak berkenalan dengan blogger senior?kita selaku blogger baru mestilah 
I
I
I
MESRA
I
I
I
Mesrakan diri anda dengan senyum kambing
Jangan malu-malu untuk senyum kambing semasa mahu memesrakan diri anda dengan blogger senior. Senyum itu kan sedekah.=] Bila kita sudah mesra, apa lagi, korekla sikit-sikit rahsia dari blogger-blogger lama aka senior. Jangan korang korek benda lain sudah.hmm (maksud pujangga hal peribadi ok?) Sebelum tak pasal korang nak korek rahsia tuh,jangan lah lupa merajinkan diri diri selaku blogger baru untuk selalu komen-komen blog blogger senior. Sebab apa kena KOMEN? Korang akan mendapat banyak manfaat jika rajin mengomen di blog blogger senior ,nak-nak lagi yang popular macam Ben. Contoh manfaat kepada blogger baru adalah

KITA DAPAT TUMPANG POPULAR BLOG LAIN

Nama pun blogger baru,mestilah masih rapuh lagi identiti kita di dunia blogging ini. Cara termudah untuk naik dan mendapat traffik adalah dengan menumpang kepopularan blog lain. Macam mana tuh? Apabila kita komen blog blogger popular,secara tidak langsung kita akan dapat backlink dari Google yang mencari maklumat mengenai blogger popular berkenaan. Mudah kan? Seterusnya,janganlah kita sebagai blogger baru segan-segan nak bertanya dengan blogger lama mengenai apa-apa kemusykilan mahupun pertanyaan mengenai blog.Segan bertanya sesat jalan. Kebanyakan blogger-bogger senior ini bagi pujangga amatlah tidak lokek ilmu dan rajin membantu blogger-blogger baru.

Blogger senior banyak yang rajin tolong blogger baru taw=]
Lawak sangat gambar-gambar yang Ben bagi nih. Blog kurang followers? Itu merupakan salah satu benda biasa yang dihadapi oleh blogger baru. Penyelesaian mudah yang dapat pujangga cadangkan adalah jangan MALAS untuk follow blog orang lain terlebih dahulu. Selain itu,pastikan blog anda menarik dan unik sehingga mampu menarik followers setia seperti gambar di bawah ini :

Terlampau "setia" dah ni..hehe
Perkara terpenting yang pujangga mahu ingatkan juga kepada blogger-blogger baru ini adalah sentiasa tabah dan gagah untuk BLOGWALKING walaupun kesuntukan masa mahupun mengantuk yang amat(untuk yang suka BW waktu malam) Percayalah!!! usaha anda tidak akan sia-sia kerana traffik akan sentiasa mengalir masuk ke blog anda jika anda memulakan dulu langkah untuk blogwalking.

Kalau dah terlampau penat tangan nak blogwalking,boleh cuba gunakan kaki juga
Dari usaha-usaha yang pujangga kongsikan di atas inilah baru kita sebagai blogger baru akan dikenali di  dalam kalangan blogger senior sekaligus dapat menaikkan blog anda. Impian TANPA USAHA pasti tidak akan tercapai. Mari kita bermula dari bawah,walaupun nampak payah  dan mencabar,ia adalah lebih mulia dari hanya mewujudkan cerita-cerita kontroversi dan menyakitkan hati pelbagai pihak..hehe iklan lak.

INGAT!!! Mulakan Dunia Blogging Anda Sebagai BLOGGER BIASA,Akhiri Dunia Blogging Anda Sebagai KING...king apa? king kong KING of BLOGGER

King Kong di Dunia Blog=.=

JANGAN LUPA UNDI ENTRI INI SEBAGAI ENTRI PALING KREATIF,CUMA BERIKAN NAMA PUJANGGA DI ENTRI BRO BEN DI http://www.benashaari.com/2010/11/mari-mengundi-jangan-persiakan-undian.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...