Followers

Khamis, 11 November 2010

Hoi! Mari Belajar Bahasa Isyarat (Ucapan Ringkas)

Hoi! AMIRUL ARIF sekali lagi akan membawakan bahasa asing untuk kita belajar bersama-sama di entri kali ini, kita tidak akan belajar bahasa Hindi, Arab mahupun Mandarin,sebaliknya pujangga ingin menyambung kembali entri Hoi! Mari Belajar Kod Bahasa Isyarat yang pujangga siarkan tidak lama dulu. Mesti semua dah dapat agak  kan apa yang akan pujangga kongsikan kali ini, Ya!!! kita akan belajar bahasa isyarat  yang merangkumi beberapa ucapan ringkas seharian. 

Kenapa agaknya pujangga berminat sangat nak menyambung entri mengenai Bahasa Isyarat ini? Pujangga merasakan ini adalah tanggungjawab sosial pujangga selaku blogger untuk memastikan walau sedikit kita dapat memahami apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan kita yang kurang upaya di luar sana. Secara tidak langsung, kita juga dapat menambah pengetahuan serta mempelajari bahasa baru yang mungkin berguna kepada kita suatu hari nanti. Apa pendapat anda mengenai perlunya kita mengetahui sedikit bahasa isyarat dalam hidup? Dalam pemerhatian pujangga kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ini sudah mula kehilangan unsur keramahan dalam kehidupan.

Jika kita berjumpa dengan orang yang dikenali pujangga yakin lebih kurang 60%  dari kita hanya akan senyum sahaja dari jauh,kadang-kadang terus berlalu tanpa menyapa.Pujangga faham,kadang-kala kita tidak sengaja berbuat demikian disebabkan mengejar masa. Apa kata jika pujangga cadangkan kita semua belajar sedikit bahasa isyarat contohnya untuk perbuatan memberi salam,sekaligus kita boleh praktikkannya jika berjumpa dengan orang yang dikenali di masa hadapan. Pastikan rakan atau orang itu juga memahami sedikit bahasa isyarat(kalau tak,memanglah orang anggap kita kurang waras) =.= Cadangan berharga 2 sen dari pujangga.

Bahasa isyarat ini bagi pujangga memang nampak senang pada mulanya, tetapi lepas mempelajari sedikit demi sedikit(memang sedikit pun) tangan pujangga dah mula tergeliat . hahaha Kagum pujangga melihat mereka yang pekak dan bisu ini mampu berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan lancar sekali. Mungkin benar kata-kata pujangga , "setiap manusia mempunyai sisi kelebihan yang tersendiri,kita hanya perlu terus mencari sehingga dapat menguasai tanpa menyedari" . Obsesnya pujangga terhadap kata-kata ini sehingga menjadi antara pegangan hidup pujangga sehingga kini.

Tanpa terus memaksa pengunjung Hoi! AMIRUL ARIF mendengar bebelan pujangga,mari kita teruskan dengan gambar-gambar dibawah yang menunjukkan beberapa perbuatan menggunakan bahasa isyarat bagi ucapan ringkas atau perbuatan seharian(credit to japem):






10 Komen Hoi!!!:

nadya e-man berkata... [Reply]

blajar bnda baru...ske2~~

Pujangga berkata... [Reply]

@nadya e-manjom belaja sama2 bnda baru =}

magnoliapert berkata... [Reply]

Praktis sorang sorang sebelum tidur :D

deno berkata... [Reply]

menarik!!!
nak cuba la... :)

kasih dania berkata... [Reply]

salam...

belajar bahasa baru....thnkss..

saya_arief berkata... [Reply]

huhu..ilmu baru..
thanks.
:D

Jery_Alid Misyahzniirf berkata... [Reply]

bagus gak sesekali belajar bahasa isyarat

darkbatman berkata... [Reply]

haha.. byk info ko yer bro.. tp ak x tau nk bckp ngn sape sgt bahasa isyarat ne..hoho

Pujangga berkata... [Reply]

@magnoliaperthehe bagus2..bwk g mimpi

@denohehe cubala =]


@kasih daniahehe yup2..mai2 blaja

@saya_ariefilmu utk dikongsi sama2

@Jery_Alid Misyahzniirfyup2 bagus sgt kot..ada advantage dr org lain

@darkbatmanfollowers ko kn byk bro..hehehe

Tanpa Nama berkata... [Reply]

assalamualaikum .
anda lancar berbahasa isyarat kah ?
boleh ajar saya ? 011-19410855

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...