Followers

Selasa, 30 November 2010

Hoi! Restoran Mamak VS Restoran Melayu

Hoi! gambar sekadar hiasan
Salam. Isu yang kita semua boleh lihat di atas ini dah lama menarik perhatian pujangga untuk di perbincangkan bersama-sama pembaca Hoi! AMIRUL ARIF. Seringkali menjadi isu apabila kita melihat restoran-restoran mamak(maple) di seluruh bumi Malaysia ini tidak pernah susut dengan kehadiran pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa, tak kiralah india,melayu,cina mahupun siam. Perkara yang sering kali menjadi persoalannya adalah kenapa restoran melayu tidak dapat bersaing dengan restoran mamak dari segi layanan,pekerja,menu dan pengurusan restoran. Pujangga akan cuba memberikan sedikit komen samada dari segi positif dan negatif terhadap kedua-dua jenis restoran ini di dalam entri ini.

Kalau ditanya samada pujangga memilih samada restoran mamak(mapley) ataupun restoran melayu, tanpa ragu-ragu pujangga akan memilih RESTORAN MAMAK. Kenapa? pujangga akan jelaskan segalanya di bawah ini,bukan pujangga seorang yang tak sedar diri mahupun bagai kacang lupakan kulit tetapi kepuasan @ utiliti kepuasan maksimum harus difikirkan terlebih dahulu.Jom baca Restoran Mamak vs Restoran Melayu hanya di Hoi! AMIRUL ARIF :

Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang
RESTORAN MAMAK 
  1. Pekerja : Masuk-masuk jer restoran mamak,kita semua pasti akan disambut dengan senyuman dari pekerja di restoran mamak. Walaupun mereka tak hensem mahupun comel,tapi sekurang-kurangnya hati pelanggan akan tenang melihat senyuman galak manis mereka.Pekerja restoran mamak juga amatlah mesra dan sering menanya khabar apabila sudah lama kita tak datang.
  2. Layanan : Ini salah satu lagi kelebihan kedai mamak,layanan dorang memang tiptop..Puas hati wa cakap ngan lu. Sebab apa?tak sempat nak duduk,mesti dah ada yang tanya "apa mau minum?makan?". Pekerja-pekerja restoran mamak nih memang banyak dalam kedai tuh tapi pernah tak kita tengok "ane-ane" nih duduk-duduk lepak?Mau kena kalari payat dengan bos dia.
  3. Menu : Secara jujurnya kebanyakan makanan dekat restoran mamak nih tak ada lah sedap sangat berbanding restoran melayu.Dapat serasi dengan tekak sikit-sikit jadilah kan? Harga? kalau roti kosong tuh boleh tahan lagila tapi kalau nasi kandar atau lauk-lauk,hoi! memang berpinar mata tengok resit harga dia 2-3 kali ganda lagi mahal dari restoran melayu. Pujangga kalau balik putrajaya,memang benda biasalah kalau kena paling kurang RM7 setiap kali makan lunch kat restoran mamak nih.Padahal makan daging & sayur je pun TT.TT.
  4. Pengurusan : Memang tak dinafikan pengurusan restoran mamak lebih terancang,disebabkan itulah kebanyakan dorang bukak kedai 24/7. Datang jelah pukul 3-4 pagi pun,sure dilayan ghairah mesra . Selain itu,restoran mamak ini selalunya mesti akan menyediakan screen besar ataupun flatscreen tv untuk peminat bola malaysia yang begitu ghairah menyokong bolasepak tempatan luar . =.= Bab kebersihan jer kena perbaiki,kadang-kadang geli gak pujangga nak makan kalau tertengok mamak-mamak nih jenis lap-lap peluh tak pun bau badan dorang yang kaw-kaw. Dey macha,kasi bubuh one drop perfume lah. Nak jer tepuk kepala sekali.
Maple-maple yang berpakaian seragam.Sejuk mata memandang.

Malee Tomyam,Taman Nilam,Dengkil (tomyam dia memang sedap)
Restoran Melayu
  1. Pekerja : Benda nih paling pujangga sakit hati. Masuk jer restoran melayu,tak pasal-pasal mesti ada pelayan dia yang buat muka ketat nak mintak penampar dan luku kepala bertubi-tubi. Pelanggan datang nak bagi rezeki kot,bukan datang saja-saja nak membebankan dorang terpaksa layan. Pakaian apa tah lagi,kalau restoran mamak pakai baju seragam,pelayan restoran melayu ni suka hati dia jer,pakai baju ketat nampak bukit pun layan.Kalau comel-comel takpa lagi ini dah jenis habis getah,tak lalu nafsu sangat ok?.Tak semua restoran melayu macam ni,kebanyakan jer.
  2. Layanan : Ada tak sesiapa pernah menunggu kat restoran melayu nih kadang-kadang sampai 10minit tapi tak ada pekerja datang amik order?Dahlah lembap siput babi khinzir,kadang-kadang buat nak tak nak jer amik order,bukan nak mintak maaf ke apa..haishh memang rasa nak gentel tumbuk jer. Niat pujangga punyalah baik nak untungkan restoran-restoran melayu nih tapi kalau dah terkena macam tu, memang on the spot pujangga cop حرام untuk datang makan lagi. Satu lagi,mengenai pemalas,punyalah rasa nak ludah kalau tengok pekerja restoran melayu nih lebih pentingkan lepak-lepak bersembang dari amik order masa pelanggan ramai..wtf ahh
  3. Menu : Benda ini jer yang boleh pujangga puji mengenai restoran melayu, dah kata melayu yang masak,memanglah kena dengan tekak jawa melayu pujangga nih. TETAPI,bila sampai time haram jadah sibuk,air karrot susu pun boleh rasa macam air seamaster, mee bandung pun boleh rasa macam mee maggi bubuh air panas jer. Harga? Pujangga rasa masih ok lagilah berbanding restoran mamak yang mencekik telur darah.
  4. Pengurusan : Benda nih pun selalunya slack di mata keranjang pujangga nih apabila cerita tentang restoran melayu. Di saat restoran mamak bukak 24/7,restoran melayu dengan bangganya buka bila-bila masa yang berkenan di hati,maklumlah kedai sendiri kan? Bukak punyalah lambat,tapi bila masa nak tutup,pujangga memanglah puji restoran melayu nih sebab dorang nih memang on time,30 minit sebelum waktu tutup pun,pekerja dah siap-siap kemas kerusi meja segala. Jangan haraplah kalau ada sesiapa baru nak order makanan masa tuh,samada dihalau ataupun anda akan dihiraukan sehingga restoran tutup.Terakhir,amatlah menjengkelkan bila kita lihat tv-tv di restoran melayu ini sering menyiarkan berita mahukan drama-drama seperti Nurkasih etc,bila minta tukar channel jer mesti akan dapat jawapan "tak boleh tukarlah bang".BPH,di mana motto customers always right?
*Tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk memperkecilkan restoran melayu mahupun memalukan bangsa sendiri,sebaliknya pujangga hanya membuat perbandingan yang nyata diantara restoran mamak dan restoran melayu. Semua ini juga hanyalah pendapat pujangga semata-mata APA KATA ANDA?

p/s : adik pujangga dah ada blog..jom serbu blog dia hohehh.blogspot.com

34 Komen Hoi!!!:

niesz berkata... [Reply]

huhu..biase la tu..kadang2 geram lak g restoren melayu ni..bkn ape..nk layan org pon mcm ape..dr layan melayu baik layan maple..tul x..

kuma berkata... [Reply]

nasi kandar Hussin memang terbaik!

AngahSayang2314 berkata... [Reply]

memang ada beza mamak & melayu punya restoran

- zuriey - berkata... [Reply]

tak banyak choice la mamak..kari je yang dahsat

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata... [Reply]

x suke sgt mamak ni..belum tentu bersih nye pon..

Seha Hisham berkata... [Reply]

sedapnya masakan orang melayu. bagusnya layanan di restoran mamak. makan dekat mana-mana pun boleh :)

She's retarded berkata... [Reply]

restoran melayu memang lembap banyak

syafiq affandy bin hasan berkata... [Reply]

mmak terbaik!

diana berkata... [Reply]

akak tak makan kat kedai mamak..
tak bersih..
dan belum tentu halal..
pekerjanye tu ramai yang tau jawab salam je..
padahal bukan islam pun..

~ ReD ~ berkata... [Reply]

makan di rumah jugak yg besstt! x rasa kotor, mahal, lembap punya servis ke apa kan..haha:D

mr.curly berkata... [Reply]

tul tu..kdg2 restoran melayu ni xpandai nk bsyukur kalu pelanggan dtg..camni ke yg yg dipanggil cari rejeki??..

kelana fana berkata... [Reply]

mmk taktaw msk lmk cili padi, kerabu pck paku,etc.etc.. ulam n budu/smbl blcn x ader..tak besh lorr rest mmk nie..^.^ mkn sdp tpi tak bersih, danger jgk kn..apepun tplg dpd tekak msg2..*_*

ASSOYFINGER67 berkata... [Reply]

salam...itu cerita lama dah dengar...berulang2...tapi kenapa org kita nie masih di takuk tu...(kalau dah ramai org bercakap...betullah tu).mamak memang best..Layanan tip-top...kao tengok..mamak yg tebar roti canai tu..sampai kuku dia kembanglah..punya banyak permintaan sehari..kuku dia dah jadi roti canai...huhu..tapi kena waspada kerana mamak ngan India serasi...kadang2 dia ngaku jer Islam tapi tak pernah puasa @ sembahyang,,sampai sini nama jadi Najib(kat tempat aku lah tu cth nie) fatihahpun tak tau(bukan semua tapi mamak memang ambil mudah fasal tu...apapun restoren Melayu memang tak boleh lawan mamak dari segi servis..namun masih ada restoran Melayu yg bagus layanannya..:)

amira berkata... [Reply]

er.. memanglah mcm tu.. tapi kebanyakan kedai mapley ni.. bulan puasa pun 24/7 .. geram dibuatnya

azi nur berkata... [Reply]

mee goreng mamak memang terbaik...ade membe xlalu makan kat restoran mamak..apesal tah...huhu

Afiq Din berkata... [Reply]

ade btolnye...
pengusaha kne terapkan soft skill kot...
hehe

simply nana berkata... [Reply]

mee goreng mamak satu...

Izan Ishak berkata... [Reply]

part yg restoran melayu kena tunggu sampai lebih seploh minit mmg biasa kena. ada sekali tu pekerja dia siap2 lap meja...buat tak nampak je kita dok tercongok tunggu order.

jawapannya...blacklist je restoran tu!

kakyon berkata... [Reply]

nak makan tosei..baru masuk kedai mamak..

phreak-id berkata... [Reply]

Kita pekerja KL ni mana lagi nak makan senang yang pukul 3-4pagi pun boleh mentedarah lagi kalau bukan maple.. hehehe

Terbaru >> 1) Mertuaku 2) Pesan Untuk Adik 3) Komen Adalah SEO? Macam Mana?

fa10 berkata... [Reply]

masak sendiri ajelah... murah sikit

alinac lover berkata... [Reply]

a.a btol sgt la tu

kedai melayu kira nk tutup cpt jerk

NOOR FATIN berkata... [Reply]

sy sgt2 la setuju. kalau order kat kdai melayu, dah la lambat, kadang2 tak sedap, kdg2 minuman dah abis, makanan tak sampai. bila mintak tambah air kosong, jgn harap la nak dapat. hahaha

cik zaza berkata... [Reply]

agak la..kt restoran melayu muka pekerja diorg xbleh blah..
ish, nk mintk apa2 je msti muka mcm nk mkn org...

century44 berkata... [Reply]

pompuan mlayu skang pon da ske kwin ngn mamak..abislah mlayu...nt kturunan mlayu bau ketiak n byk bulu...haha,korang sume jgn la sapot mamak nt org mlayu akn teros mundur...

aunt t berkata... [Reply]

Same betul fikiran amirul arif dgn aunt t lagipun Restoren mamak selalunya kat corner lot - luas,lighting terang - kite ni ibarat kelkatu , manpower ramai dan mesra alam - walaupun tak bisa cakap melayu

Cempakamelati berkata... [Reply]

Teguran yang membina....kalau semua pengusaha retoran Melayu baca ni kan bagus.

muzam berkata... [Reply]

penah gk tjumpe mcm2 jenis rambut kat rest mamak...
tp entah le nape nak jugak lepak kat mamak..
rase best je lepak mamak...

♥-- emieysandra --♥ berkata... [Reply]

layanan sgt pnting..
kalau layan mcm xnk layan, nk mkn pun xde slera w'pun mkanan sdap..rp mkn la gk ;P

apih el nino berkata... [Reply]

Dua-dua aku suka. Restoran Mamak memang ramah pekerja dia. Siap puji aku hensem wo! Hahaha. Restoran Melayu pulak pelanggan mesti pompuan. Selain kenyang dapat cuci mata wo! So aku gilir-gilir. Macam poligami la. Hari ni kau esok kau. Hahaha. Peace!

century44 berkata... [Reply]

tq amirul sbb wat tjk ni..ak mmg da lme da nk wat gini(tga kumpol idea,huhu) ak ni anti mamk sket sbb xsampai ati tgk bangse sndri hancor(kesimpulannye jgn mkn kt kdi mamak sblom dorang bertambah kaye n membiak!!)

cik lya berkata... [Reply]

mang tip top entry ni..mang tak dinafikan bile masuk kedai mamak mang spesel die layan..tapi mahal..kalau kedai melayu..murah..tapi layan mcm siol aje..grrrr

FiZ berkata... [Reply]

sangat setuju!

kuma berkata... [Reply]

kau kena tag ngan gua beb.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...