Followers

Selasa, 16 November 2010

Hoi! Selamat Hari Raya Aidiladha

Setiap tahun,umat islam di dunia ini akan meraikan 2 Hari Raya dalam di dalam Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Sempena dengan kedatangan Aidiladha yang akan disambut 17 November ini yakni pada esok hari.Pujangga nak berkongsi sedikit mengenai apa itu Hari Raya Haji aka Hari Raya Aidiladha aka Eiduladha dengan para pengunjung dan pembaca Hoi! AMIRUL ARIF. Ilmu itu adalah luas dan tidak terkira jumlahnya,jadi apalah kiranya jika dikongsi bersama orang lain. "Lebih banyak kita berkongsi ilmu dengan rakan-rakan maka lebih bertambahlah ilmu yang diperolehi,bukannya semakin berkurang". (Hah jadi ustaz pujangga kali ini ko) Ok,jom teruskan dengan maksudnya terlebih dahulu.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau didalam bahasa Arab disebut Eiduladha merupakan perayaan yang dirayakan di dalam Islam selain Aidilfitri . Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Aidiladha juga adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya. Peristiwa ini adalah ketika Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail ,tapi Allah s.w.t. telah menukarkannya dengan seekor qibas (biri-biri).

Selain itu juga, seperti hari raya Aidilfitri, di pagi hari raya Aidiladha,kita disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan sedikit wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi.7 kali takbiratulihram pada rakaat pertama dan 5 kali di rakaat kedua.

Ibadah korban selepas sembahyang hari raya
Lepas sembahyang sunat Hari Raya,masa inilah yang ditunggu-tunggu ramai,termasuklah pujangga sendiri iaitu upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing,biri-biri atau unta akan dikorbankan secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.Masa ini jugalah amalan aqeqah juga dijalankan. Makan?sabar..itu nanti pujangga cerita lepas raya nanti..hehe

Di akhir kata pujangga selaku pemilik tetap Hoi! AMIRUL ARIF mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang membaca blog ini.wasalam

Gerakkan cursor pada flash untuk memulakan kad raya.credit to ayeemayam.com

16 Komen Hoi!!!:

darkbatman berkata... [Reply]

selamat hari raye bro.. maap byk klau ade tersilap kate.hee

Anip™ berkata... [Reply]

selamat ari raye aji..huh!..berhati di jln rye..hahah~

amira berkata... [Reply]

selamat hari raya... sangat hepi sebab dah sampai rumah ni.. hehe..

Rosliza Roslan berkata... [Reply]

dtg jenguk

alinac lover berkata... [Reply]

selamat hari raya ek

gnesop.com berkata... [Reply]

selamat hari raya aidil adha.. :)

izee berkata... [Reply]

salam aidiladha dr KH~~ =)

caliph shuriken berkata... [Reply]

salam aidiladha ^^

Ayeem Jemain berkata... [Reply]

selamat hari raya haji bro! ;D

ProfHariz berkata... [Reply]

Salam Aidiladha 1431H Daripada ProfHariz.com :)

New Entry ProfHariz
AidilAdha Hanya Sekadar Korban ?

Pujangga berkata... [Reply]

Selamat Hari Raya Aidiladha

Imzainieyzulkipli berkata... [Reply]

selamat raya korban

azhar berkata... [Reply]

salam aidiladha...

ryann berkata... [Reply]

selamat hari raya. bestnya dpt tiket natrah

BUNGA berkata... [Reply]

slmt hari raya.. bestla kad ray awak tu :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

k ros singgah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...