Followers

Khamis, 30 Disember 2010

Hoi! Cuti-Cuti Malaysia

Salam buat semua pembaca Hoi! AMIRUL ARIF. Sebelum membebel panjang,pujangga nak ucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada skuad bolasepak MALAYSIA kerana berjaya memenangi Piala AFF Suzuki 2010 dengan mengalahkan INDONESIA secara agregat 4-2. Malaysia menang 3-0 semasa separuh akhir pertama di Stadium Bukit Jalil dan tewas 1-2 kepada Indonesia pada separuh akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno.Tahniah Harimau Malaya kerana berjaya membaham Garuda....AUMMM hahaha

Hoi! Cuti-Cuti Malaysia....Tengok jer tajuk ni mesti semua dah tahu pujangga nak membebel tentang apa pada kali ini. Atas semangat menaikkan ekonomi malaysia serta memartabatkan pelancongan tempatan,pujangga dan keluarga telah membuat keputusan untuk sama-sama meraikan YES aka Year End Sale di Pulau Bebas Cukai aka LANGKAWI. Meh pujangga nak tunjuk sikit maskot pulau Langkawi.

Haa masuk-masuk pulau ja terus nampak =]
Kenapa Langkawi? Jawapannya senang jer,alang-alang nak hantar pujangga balik merbok 1Jan nanti,baik terus pergi bercuti kat langkawi. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, sebaik saja pujangga menjejakkan kaki di jeti langkawi selepas perjalanan hampir sejam menaiki feri dari jeti kuala perlis,pujangga mendapat tahu yang elaun KPTM dah masuk. Apa lagi,senyum sampai ke telinga la pujangga..huhuhu
(Harap-harap nafsu memborong coklat tak terlampau membuak-buak) =p

Sampai-sampai jer kat jeti,pujangga sekeluarga terpaksa menunggu kehadiran 'Jawa' aka kawan pak cik pujangga,Hamid Ramli di langkawi yang membawa kereta sewa untuk percutian kami selama 3 hari 2 malam ini. Kereta apa? Nissan Sentra jer. Owh lupa nak bagitahu,tempat penginapan pujangga kat langkawi ni adalah di Rumah Kerajaan Persekutuan aka Federal Villa kat Pulau Tengah dekat dengan Pantai Cenang.

Pujangga dah berjalan kat mana?Apa benda best yang pujangga jumpa? Semua persoalan ini akan pujangga jawab di entri akan datang...hehe Nantikannya....


p/s : Sebenarnya pujangga lupa bawak external hp,jadi tak boleh upload gambar semasa...kena tunggu balik uitm nanti baru upload..hehe

4 Komen Hoi!!!:

Shuff. Samsuddin berkata... [Reply]

Hoi! AMIRUL ARIF
SELAMAT TAHUN BARU :)

~~zAnAfAhMi~~ berkata... [Reply]

Dik...extenal tu penting tau, bak nyawa kita. Akak kalau nak travel mana2, benda2 mcm tulah kena ingat dulu, wajib!

shahjiehan berkata... [Reply]

hai ziarah Anda hoi~

miss ANGIN berkata... [Reply]

anda telah d tag d blog saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...