Followers

Ahad, 5 Disember 2010

Hoi! Festival Terngeri Di Dunia

Salam, Hoi! AMIRUL ARIF kembali dengan entri terbaru setelah beberapa hari tidak menulis. Walaupun tak buat entri baru, pujangga masih lagi BW ok?huhu. Entri kali ini amatlah mengerikan dan disebabkan itu pujangga berkenan untuk memberikan nama entri ini Hoi! Festival Terngeri Di Dunia. Apa yang ngeri nya pujangga? Seperti yang kita semua ketahui di Sepanyol, perlawanan antara lembu dan matador mungkin mengerikan untuk sesetengah dari kita . Melihat lembu ditikam oleh matador sambil diacah-acah di dalam gelanggang menggunakan kain merah. Pujangga tengok pun rasa kesian kat lembu-lembu tuh diperbodohkan. Walaupun mereka tuh binatang tetapi masih lagi makhluk tuhan kan?hmm

Rupa-rupanya di Sepanyol ini ada satu lagi festival yang kejam iaitu Toro Jubilo atau dalam bahasa melayu mudahnya disebut "membakar lembu hidup-hidup". BBQ? itu benda pertama yang bermain di fikiran pujangga pada mulanya tetapi selepas membaca dan melihat apa yang berlaku di festival ini,pujangga terkedu sebentar. Kenapa? Toro Jubilo ini pula adalah lebih kejam apabila lembu tersebut akan dinyalakan api pada bahagian tanduknya. Tanduk lembu itu akan diikat dengan bebola api dan dinyalakan. 
Menanti ajal di Toro Jubilo

Lembu yang terbakar tanduknya..Meronta kesakitan..hmm

Hiburan primitif dan tidak bertamadun ini akan dilakukan di jalan Medinacelli masih lagi di bandar Sepanyol. Acara ini dijalankan setiap tahun pada minggu kedua pada bulan November. Baru jer lepas festival nih,entah berapa banyak lah lembu dibakar tahun ni kan.Sebaik sahaja matahari terbenam, lembu tersebut akan dibawa ke tengah bandar sambil dikerumuni oleh peserta yang bodoh berani. Bahan yang boleh terbakar dan bentuk seperti bebola akan diletakkan pada tanduk lembu tersebut dan lembu dengan tanduk terbakar itu kemudian akan dilepaskan secara bebas di tengah jalan dan dibiarkan meronta sehingga mati.
Hangit dah tanduk lembu ni

Sakit kot rasa dia kalau tanduk dibakar
Lebih menyedihkan,pujangga ada membaca yang kematian lembu ini juga tidak mudah kerana mata lembu yang dibakar tanduk ini juga selalunya akan buta sebelum mati disebabkan bahang api di tanduk. Selepas lembu ini mati,peserta dan penonton akan memotong dan membahagikan daging lembu ini  bersama-sama.

29 Komen Hoi!!!:

AiDa AzRyN berkata... [Reply]

oh my! 0_0

wasabi onee-san berkata... [Reply]

Eee... kejam nye...
mcm mnyeksa lembu tu je...

Juaini Jamaludin berkata... [Reply]

kita ada hari korban, diaorang pun nak buat korban juga ke? tapi kenapa kejam sangat. tak adil betul lah!

azhar berkata... [Reply]

kejamnya..mati pelan2 tu...seksa

nona nadnordin berkata... [Reply]

hate the unethical people. ape punya manusia la seksa binatang cmtu sekali.

caliph shuriken berkata... [Reply]

kjam giler.. klau geng bodo cmni trus amal pkara ni, abis lingkup semua org :p

RuSh D berkata... [Reply]

kejam btol..dh seksa..

~hyun_miera~ berkata... [Reply]

kesiannya lembu tuh..

adeyh.

miss ANGIN berkata... [Reply]

errrrr ....

kAziShA berkata... [Reply]

Kesiannyaaaaaaa T_T

darkbatman berkata... [Reply]

dasatnye..mcm zalim je bro?

Aliff Haikal berkata... [Reply]

soooo stupid ! how pity that cow. T_T

phreak-id berkata... [Reply]

bodoh la manusia tu. sembelih je kan senang. kenapa suka tengok binatang terseksa..

Terbaru >> 1) Encik Polis.. Kat Mana Nak Parking Kereta? 2) Che Arm Punya ... Yang Besar 3) ChurpChurp Premiere Screening - The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader

deno berkata... [Reply]

kesian lembu tu..
xde hati perut langsung puak2 tu...
kalau tak bakar xleh ke???
budusss!T_T

adnan berkata... [Reply]

salam,
ini namanya kekejaman pada binatang.

Lulu caldina berkata... [Reply]

ish..bongok...
kesian lembu tu..huhuhu

Lulu caldina berkata... [Reply]

nak bljr buat banner kreatif tu..
buat lah tutorial...
ngee..

Pujangga berkata... [Reply]

terima kasih kerana komen semua

Wana De'Amor berkata... [Reply]

oh bodosnye..bakar dorg balik! adus..kesian!! argh!

Faizal n Fashitah berkata... [Reply]

Pesta bangang.. suke nak menyiksa binatang..

Kamil ace[tm] berkata... [Reply]

sian, cube dorang kne bakar balik

Seri Bahasa berkata... [Reply]

manusia ni kadang lebih kejam dari binatang. binatang bunuh mangsanya nak makan. manusia pula buat hiburan.

nor fairuz berkata... [Reply]

sangat kejam!!

Cempakamelati berkata... [Reply]

Zalim yang teramat-amat zalim.

JungRara berkata... [Reply]

x sanggupnyer nk tgk lembu2 tu mati cam tu..

Miza Yusof berkata... [Reply]

kesiannya dekat lembu ni. kejam dan sangat zalim. paling sedih tu buta dulu sebelum mati. apa lah salah si lembu tu.

nba-Nur berkata... [Reply]

Salam. Kesiannya tengok lembu tersiksa... Kenapa la ada perayaan macam ni..

Mama HidayahAmin berkata... [Reply]

kejamnya...

Kuman Chaos berkata... [Reply]

camni pun ada ka? apa la hampes tul..

kuman "Tornado PAINTING Done!!.." Entry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...