Followers

Sabtu, 25 Disember 2010

Hoi! HARAM pakai baju samai Santa Claus

Hoi! AMIRUL ARIF dah lama tidak membawakan isu-isu yang panas untuk dinilai oleh para pembaca dan pengunjung blog ini. Hari ini berapa hari bulan? 25 DISEMBER.....Apa yang berlaku pada hari ini? Bagi sesetengah orang melayu yang agak kurang pengetahuan dalam bidang agama  pastinya ketika ini sedang merayakan Hari Krismas aka Hari Natal.

Apa benda yang dinamakan Hari Krismas ni? Hasil melakukan sedikit penyelidikan di internet,pujangga mendapati yang Hari Krismas ini sebenarnya adalah menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun pertama masehi, di Baitullaham. Dr JJ Ch. Abinene menyatakan hari lahir Jesus mulanya tidak dirayakan kerana perayaan ini menyerupai kebiasaan orang kafir.Dalam Perjanjian Baru tidak pernah disebut perayaan hari Natal ini. Namun akhirnya hari lahir Jesus dirayakan juga iaitu pada 6 Januari di Mesir sekitar abad ke-3, di Galilea 360 masehi dan di Sepanyol 380 masehi. Kemudian di Rome tetapi tarikhnya 25 Disember. Sudah terang lagi bersuluh yang orang kristian sendiri pun pada mulanya tidak menyambut hari krismas tapi kenapa kita pula nak terhegeh-hegeh sambutkan? Jangan lupa,kita ni beragama Islam . YA!! ISLAM..

Siapa pula Santa Claus ni?Santa Claus, juga dikenali sebagai Saint Nicholas, Bapa Krismas, Kris Kringle, atau cuma "Santa", ialah tokoh bersejarah, lagenda dan mitos dalam budaya rakyat yang disifatkan sebagai pembawa hadiah pada Malam Krismas atau Hari Krismas.Mitos juga mengatakan yang Santa Claus membuat satu senarai kanak-kanak seluruh dunia, mengelaskan kanak-kanak itu mengikut perilaku mereka; dia menghantar hadiah, termasuk mainan, gula-gula, dan lain-lain kepada semua kanak-kanak yang berkelakuan baik di seluruh dunia, dan kadang-kala arang atau batang diberi kepada yang nakal, dalam jangka masa satu malam; dan dia menyelesaikan kerja berat ini dengan bantuan orang halus yang mengilang mainan, dan sembilan ekor rusa kutub terbang yang menarik pedatinya.Baca tak? ini semua MITOS.

 Hoi! anak-anak bangsa MELAYU,amacam? ada rasa gembira dan teruja lagi ker nak sambut krismas?Apa ada hal kan bagi orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia sekarang ni, semua perayaan kita sambut tanpa mengira agama. Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha kita sambut,Hari Deepavali,Hari Raya Cina,Thaipusam,Hari Gawai dan Hari Krismas pun kita sambut konon-kononnya nak tunjuk kan yang kita ni 1 MALAYSIA. Wak luuuuuu , kita ni memang 1 MALAYSIA tapi bukan 1 AGAMA. Ingat Tu!!! Jangan sesekali sampai terjual akidah serta agama kita walaupun niat hanya untuk berseronok.

Berbalik pada tajuk sebenar entri ini,=.=(teringat lepas lama sgt membebel) dalam minggu ni pujangga yakin yang kita akan melihat ramai yang memakai baju SANTA CLAUS di Malaysia ini tak kirala di pusat membeli belah mahupun di tepi jalan (ada ker?). Ada ke yang tak pernah lihat baju Santa Claus?Jap pujangga tunjukkan.
Hoi! inilah baju Santa Claus..pernah tengokkan?
Disebalik kemesraan kostum pakcik tua berjanggut putih disamping memberikan hadiah kepada anak-anak kecil ini, jangan sesekali kita terleka dan lalai kerana menurut Mufti Johor,Datuk Tahrir Shamsuddin, "HARAM bagi umat islam memakai pakaian dan perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad. Ianya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang islam itu-Berita Harian 24/12-". Pujangga juga tidak menafikan ada masyarakat Islam yang bekerja di pusat membeli-belah TERPAKSA memakai pakaian serta perhiasan Santa Claus atas kehendak tugas. Perkara ini dapat di elakkan jika pihak pengurusan mempunyai sensitiviti agama serta boleh berfikir secara rasional dengan mengarahkan pekerja beragama Kristian yang memakai pakaian berkenaan.
Gambar sekadar hiasan
 Bagi sesetengah antara kita mungkin menganggap ini perkara yang remeh,ini tak dapat pujangga nafikan tapi cuba kita bayangkan adakah kita sanggup membiarkan anak-anak serta saudara mara kita menjadikan Santa Claus sebagai idola mereka dan bukannya Nabi Muhammad SAW. Sanggupkah kita? Berikan pendapat anda semua di ruangan komen di bawah hanya di Hoi! AMIRUL ARIF.

4 Komen Hoi!!!:

maisara majid berkata... [Reply]

jauh2 kanlaa..

Bert berkata... [Reply]

good. renung2kan dan selamat beramal

Gen2Merah berkata... [Reply]

terima kasih atas peringatan ini.

Gen2Merah berkata... [Reply]

terima kasih atas peringatan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...