Followers

Jumaat, 25 Mac 2011

Hoi! Apa Itu Malam Jumaat Kliwon

Malam Jumaat Kliwon. Setiap kali malam jumaat, perkataan malam jumaat kliwon ini sering kali meniti di bibir sesetengah dari kita. Malam jumaat kliwon ini sering kali dikaitkan sebagai malam yang angker(menyeramkan,keras) kerana dipercayai pada malam itu pelbagai jenis syaitan bergentayangan atau berterbangan.Selain itu juga dikatakan pada malam ini,para pengamal ilmu hitam atau ilmu yang salah akan menamatkan pengajian dan secara tidak langsung menguji ilmu mereka. Oleh kerana ramai antara kita masih tidak mengetahui mengenai apa yang dinamakan malam jumaat kliwon ini, pujangga dengan berbesar hati ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenainya dalam entri "Hoi! Apa Itu Malam Jumaat Kliwon" ini hanya di Hoi! AMIRUL ARIF.
Pelbagai ritual dan kepercayaan pelik dikatakan berlaku pada Malam Jumaat Kliwon
Selepas melakukan sedikit kajian dari GOOGLE dan beberapa website dari negara seberang,Indonesia, pujangga mendapati terdapat 2 persepsi atau tanggapan umum yang salah mengenai Malam Jumaat Kliwon iaitu :
  1. Ramai antara kita yang menyangka Malam Jumaat Kliwon tu adalah "Khamis Malam Jumaat". Ianya adalah salah sama sekali kerana Malam Jumaaat Kliwon ini adalah pada "Jumaat Malam". Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan perbezaan penggunaan ayat di antara masyarakat Indonesia dan Malaysia.=.= Perghh pujangga pun keliru macam mana nak terang..hahaha
  2. Ramai juga antara kita yang menyangka hanya ada malam jumaat kliwon tetapi pada hakikatnya setiap hari ada malam kliwon contohnya malam isnin kliwon dan malam selasa kliwon. Senang cerita, kalendar kita ada 7 hari iaitu isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad dan diulang balik kan?Kalendar jawa pun sama, tetapi cuma 5 hari diulang balik iaitu hari paing, legi, wage, pon dan yang terakhir kliwon. Disebabkan kalendar melayu ada 7 hari manakala jawa ada 5 hari, susunan hari-hari tu akan berubah. Sebagai contohnya tatkala hari jawa adalah kliwon dan hari melayu adalah jumaat, maka ia dipanggil sebagai jumaat kliwon. Faham kan?
Menurut pandangan masyarakat Jawa, khususnya di Yogyakarta, angkernya malam-malam kliwon tersebut ada kaitannya dengan amalan puasa selama 40 hari yang dilakukan masyarakat Jawa yang kemuncak(pengakhiran) puasanya berlaku pada Jumaat Kliwon dan Selasa Kliwon. Disebabkan itu,ramai yang melakukan ritual pada malam Selasa atau Jumaat Kliwon.Ritual yang dijalankan pada Selasa Kliwon dan Jumaat Kliwon itu adalah ritual di Sela Sengker di kawasan Cepuri dan Pantai Parangkusmo. Ketika menjalankan ritual, masyarakat setempat percaya ada tiga makhluk halus yang menemani, iaitu Mbok Rara Kidul sebagai pembantu Ratu Kidul, Mbok Nyi Roro Kidul merupakan Wakil Ratu Kidul dan Gusti Kanjeng Ratu Kidul, sebagai penguasa laut selatan.(Ini adalah kepercayaan mereka semata-mata,diharap pembaca Hoi! AMIRUL ARIF dapat membezakannya)

Namun, dari perspektif Agama Islam, sejarah malam jumaat kliwon adalah pada zaman dulu di pulau jawa, wali songo atau wali 9 berniat menetapkan satu malam sebagai malam untuk berdoa bagi orang Islam.Maksudnya pada malam itu adalah malam dimana kita disuruh mengamalkan ibadah secara khusyuk melebihi malam-malam yang lain.Wali songo sepakat menetapkannya pada malam jumaat kliwon. Malam jumaat kliwon hanyalah sebagai tanda bahawa pada malam itu pengikut wali songo sepakat untuk berdoa kepada Allah secara sepenuhnya (contohnya ibarat lailatul qadar pada bulan ramadhan).Pada malam itulah semua orang beribadah secara khusyuk, banyak berdoa dan amalan lain dibuat pada malam itu.
Malam yang ANGKER?ehsan dari google
Kesimpulannya, Malam Jumaat Kliwon ini sebenarnya bukanlah angker seperti yang heboh diperkatakan. Ianya mempunyai maksud yang tersendiri bagi masyarakat Jawa dan masyarakat Islam di Indonesia. Kita selaku umat Islam,tidak harus percaya mahupun taksub dengan perkara-perkara ghaib pada malam-malam kliwon. Sesungguhnya kita ada Allah SWT yang maha berkuasa. Sekian dari Hoi! AMIRUL ARIF

*Sebarang pandangan dan penambahan mengenai entri ini,pujangga harapkan rakan-rakan dapat memberikan komen di bawah ini.

7 Komen Hoi!!!:

HAZIM berkata... [Reply]

HAHAHA...LAWAK2...

~~zAnAfAhMi~~ berkata... [Reply]

pernah ditanya oleh anak saya, 'kliwon' tu apa bu? terkesima sekejap sb saya mmg tak dpt nak jelaskan sekalipun dah baca entry Pujangga ni...

Pujangga berkata... [Reply]

sm=haha apa yang lawaknya??

zanafahmi=hmm pujangga cadangkan jawab ja kliwon itu adalah salah satu hari di dalam kalendar jawa

Suhaifa Yusof berkata... [Reply]

Thnkz tuan..sgt bermanfaat..dh lama sbnrnya nk tau maksud jumaat kliwon..

Unknown berkata... [Reply]

Salam...orang2 terdahululah yang telah menterjemah rahsia2 ilmu dalam Al quran...antaranya wali songo..memang ada Allah yang berkuasa spt saudara katakan..tanpa para wali yang memberi ruang terbukanya makrifat atau bayangan panduan...kuasa Allah tidak sampai kepada kita...al fatihah kepada para wali...

Mattly Luji berkata... [Reply]

Salam...orang2 terdahululah yang telah menterjemah rahsia2 ilmu dalam Al quran...antaranya wali songo..memang ada Allah yang berkuasa spt saudara katakan..tanpa para wali yang memberi ruang terbukanya makrifat atau bayangan panduan...kuasa Allah tidak sampai kepada kita...al fatihah kepada para wali...

seri nian berkata... [Reply]

owh macam tu, ingatkan sebab apa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...