Followers

Khamis, 24 Mac 2011

Hoi! Siapa Muammar Gaddafi ?


Salam buat semua pembaca blog Hoi! AMIRUL ARIF yang sudi menjenguk dan membaca nukilan-nukilan pujangga. Entri kali ini merupakan entri terbaru dalam segmen Hoi! Siapa? yang akan merungkai sedikit sebanyak mengenai individu yang dipilih oleh pujangga. Individu bertuah yang menarik perhatian pujangga pada kali ini adalah pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah memerintah Libya selama 42 tahun.

Disebalik kekalutan dan kekacauan yang berlaku di Libya ketika ini yang melibatkan tentera bersekutu bersama penunjuk perasaan yang anti-Gaddafi melawan pihak  tentera yang setia kepada pemerintahan Gaddafi. Beribu-ribu rakyat dan askar telah mati dalam pertempuran di Afrika Utara ini dan pujangga jangkakan ianya akan berakhir sepertimana berlaku di Iraq dan Afghanistan sebelum ini.Walaubagaimanapun, ada beberapa kisah menarik mengenai insan yang bernama Muammar Gaddafi ini yang ingin pujangga kongsikan bersama para pembaca Hoi! AMIRUL ARIF.

Gaddafi lebih suka memegang gelaran pemimpin libya,bukannya presiden mahupun perdana menteri
Nama Muammar Gaddafi mula dikenali apabila memimpin kudeta atau rampasan kuasa secara aman di usia 27 tahun bagi merebut kekuasaan pemerintahan di Libya dari Raja Idris 1 pada tahun 1969. Selepas itu, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai pelopor sosialisme Islam. Gaddafi dilahirkan di kawasan gurun pasir di Sirte pada tahun 1942 dan berasal dari keturunan Arab Badwi.Masyarakat Badwi merupakan kumpulan puak yang tinggal di kawasan padang pasir di Afrika. Gaddafi sangat mengagumi pemimpin nasionalis Mesir iaitu Gamal Abdul Nasser dan pernah turut serta dalam protes anti-Israel di krisis Terusan Suez pada tahun 1956.

Muammar Gaddafi juga mengumpul fahaman politiknya dan mengolahkannya sebagai perlembagaan Libya dan buku perlembagaan itu dinamakan 'Buku Hijau' pada tahun 1970. Dalam buku itu Gaddafi menggabungkan sosialisme dan kapitalisme dan dikombinasikan dengan aspek-aspek keislaman sebagai dasar ideologi Libya. Pada tahun 1977, beliau memperkenalkan sistem kenegaraan yang disebutnya sistem 'Jamahiriya' atau 'Negara Rakyat' yang bermaksud rakyat bersama-sama terlibat dalam pemerintahan.

Antara perkara menarik mengenai Gaddafi adalah mengenai keobsesannya dalam membawa budaya keturunannya iaitu Arab Badwi di luar negara. Budaya yang dimaksudkan adalah khemah Arab Badwi yang akan dibawa oleh rombongan Muammar Gaddafi setiap kali melakukan lawatan di luar negara.Di bawah ini pujangga sertakan 3 bukti keobsesan beliau :
  • Pada Jun 2009, Muammar Gaddafi tiba di Rom, Itali dengan 300 ahli rombongan. Mereka menggunakan tiga buah pesawat Airbus.Seperti kebiasaan apabila melakukan lawatan ke luar negara, Gaddafi akan membawa bersama khemah gergasi Badwi yang didirikan di tengah-tengah bandar.Kain khemah itu biasanya diperbuat daripada bulu biri-biri yang ditenun dengan tangan.
  • Pada tahun 2007 pula, Gaddafi bukan sahaja memacakkan khemah di kawasan lapang sebuah hotel lima bintang di Paris malah mempamerkan untanya di situ. Kali ini, Gaddafi memerlukan lima buah kapal terbang untuk mengangkut semua ahli rombongannya. 
  • Peristiwa yang terbaru, Muammar Gaddafi memacakkan khemahnya di estet milik jutawan Amerika, Donald Trump di New York semasa menghadiri Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2009.
Vladimir Putin melawat Gaddafi di khemah Badwi
Rupa khemah Badwi yang dibawa oleh rombongan Gaddafi

Pakaian Gaddafi sememangnya sering menarik perhatian. Beliau gemar memakai jubah yang panjang berjela dan mengenakan cermin mata seperti seorang juruterbang. Beliau juga selalu memakai topi tentera, kelip merah dan pakaian lengkap seorang kolonel tentera masih mencuri tumpuan ramai.Pujangga salute dengan keberanian Muammar Gaddafi dalam berpakaian.Tak percaya? lihat gambar di bawah :
Pelbagai gaya dan pakaian Muammar Gaddafi
Pasukan pengawal peribadi wanita Gaddafi, lebih memukau. Mereka memakai uniform khaki dan beret merah sambil menggalas senapang Kalashnikov buatan Rusia. Menurut Gaddafi, mereka adalah simbol kepercayaannya pada keupayaan wanita."Wanita patut dilatih untuk berlawan, jadi mereka tidak mudah dipermainkan oleh musuh," kata Gaddafi.Semua wanita itu dikatakan telah mengangkat sumpah taat setia kepada Gaddafi dan sanggup menyerahkan seluruh hidup mereka untuknya.Dikatakan tiada seorang pun daripada mereka pernah meninggalkan Gaddafi baik siang mahupun malam.Gaddafi juga menegaskan semua pengawalnya masih dara iaitu syarat wajib sebelum dibenarkan bertugas dalam pasukan elit itu.
Antara pengawal peribadi wanita Muammar Gaddafi

Pengawal wanita yang tangkas dan terlatih menggunakan senjata
Pekerjaan yang dianggap berprestij ini sentiasa menjadi buruan wanita Libya.Mereka akan dilatih di sebuah kolej khas dan mengikuti program fizikal yang lasak.Mereka dilatih untuk menjadi pembunuh, pakar senjata api dan mahir dalam seni mempertahankan diri.Gaddafi membuat sendiri pemilihan terakhir, namun ada khabar angin kononnya pengawal peribadi itu turut dikehendaki melayan kehendak seksual Gaddafi.Wanita-wanita itu juga memakai lipstik, barang kemas, kuku yang dikilatkan bahkan kasut tumit tinggi tetapi ketangkasan serta ketahanan mereka telah diuji berulang kali.Perghh memang layan la kalau 24 jam ada pengawal wanita berkepit kat sisi,pujangga pun teringin kalau macam tuh -.-
Muammar Gaddafi sentiasa dikawal sepanjang masa
Rupa pengawal nampak cantik tapi berbahaya :p
Entri kali ini bukanlah bermakna pujangga menyokong Muammar Gaddafi atau sebaliknya. Secara peribadinya pujangga sendiri menentang keras tindakan Gaddafi yang mengisytiharkan perintah bunuh kepada penentangnya. Kebanyakkan nyawa yang terkorban pada kali ini adalah orang awam yang tidak bersalah. Walaubagaimanapun,jangan dilupa akan tindakan biadap tentera bersekutu diketua Amerika yang menyerang Libya kononnya atas alasan mahu mengelakkan lebih ramai orang awam jadi mangsa. Pujangga yakin ada niat tersembunyi yang dimiliki Amerika Syarikat yang pujangga pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menguasai negara yang kaya dengan minyak di Afrika Utara,Libya ini.Semoga kekacauan yang dimulakan dari Tunisia,Mesir,Bahrain dan Libya ini ini tidak merebak ke negara Malaysia yang tercinta ini. Sekian dari Hoi! AMIRUL ARIF.
Kebangkitan rakyat di Libya berakhir semakin teruk dan sadis

5 Komen Hoi!!!:

Pujangga berkata... [Reply]

Jemput2la komen

kaizenshinobi berkata... [Reply]

terbaik... mne jumpe nih? hehe

aku cari2 tak jumpe la plak... nice2... hoho

Pujangga berkata... [Reply]

hehe cari kat wiki n situs2 indonesia....org malaysia x banyak wat artikel ttg muammar gaddafi la..thnxx sifu

sopheamaya berkata... [Reply]

die baik ke jahat dafi ni??
stgh suka dia mati stgh g plak skong dia punya ideologi..cmner..huhu

Hasliana berkata... [Reply]

Propaganda yang dibawa oleh barat telah berjaya... lepas ni pemimpin arab yang mana pula jadi sasaran... kafir laknatullah nak merampas minyak di negara arab... masih x sedar lagi org islam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...