Followers

Isnin, 27 Jun 2011

Hoi! Orang Malaysia suka benda SYUBHAH?

Setelah sekian lama menyepi akhirnya pujangga kembali mencari tempat untuk menyumbangkan sedikit sebanyak buah fikiran pujangga sekaligus menceriakan dunia blog yang semakin meriah ini. Ok! betul ker orang Malaysia ni suka dengan benda-benda syubhah(meragukan) ni? Pujangga malas nak berbunga-bunga lagi,di bawah ini ada beberapa petikan yang pujangga ambil dari MALAYSIAKINI pada 25 Jun yang lepas bertajuk:


(Petikan 1)
"Keputusan berkenaan isu 'bir halal' hanya akan dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim Mat Ali Sarbini. Beliau berkata sehinggalah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenainya, bir berkenaan itu adalah haram untuk diminum oleh umat Islam." 

(Petikan 2)
"Pada 29 Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata umat Islam tidak dibenarkan meminum bir berkenaan kerana kandungan alkohol bir berkenaan sebanyak 0.5 peratus iaitu melebihi paras alkohol yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 0.01 peratus." 
 
Dah baca 2 petikan di atas?  Saja ja pujangga malas nak 'paste' artikel asal sebab pujangga yakin tak ramai yang rajin nak membaca benda yang panjang-panjang kan? (bajet post ni pendek..hehehe) Sebelum pujangga nak membuat sedikit huraian tentang isu ini,mai kita tengok rupa "bir halal" ini dahulu.

Jenama 1..adakah ini?

Mahupun ini? senang cerita, KESEMUANYA...hihi
Apa yang nak dikecohkan lagi? jika JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan yakni badan yang dipertanggungjawabkan menjaga dan menentukan status HALAL bagi kesemua yang barangan di Malaysia dah membuat keputusan untuk meminta orang ramai menunggu keputusan samada bir itu halal atau haram,kenapa kita tak sanggup menunggu?
Pengedar bir halal di Malaysia menunjukkan sijil halal bagi produknya..Kita tunggu keputusan JAKIM lagi afdal dan yakin.
Adakah kita akan mati jika tidak meminumnya dalam tempoh-tempoh tertentu? Pujangga bukannya nak menyalak tak tentu pasal tapi kita selaku masyarakat Islam di negara ini telah banyak memperjudikan akidah dan keimanan kita terhadap isu-isu HALAL dan HARAM ini. Isu rokok,makanan dan minuman berunsurkan syubhah(meragukan) dan yang terbaru mengenai penayangan video lucah. Pujangga terus teringat dan mencari hadis yang berkenaan perkara halal,haram dan syubhah ini.Mari baca dan hayati maksudnya :

“Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan haram juga telah nyata, dan di antara keduanya perkara-perkara yang masih diragukan, yang kebanyakan orang ramai tiada mengetahui. Orang-orang yang memelihara diri dari perkara-perkara yang syubhat itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara-perkara yang syubhat itu akan tergelincir pula ke dalam perkara yang haram, laksana seorang pengembala yang sedang menggembala di sekitar tempat larangan, akhirnya ia lalai memasuki tempat larangan itu,” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sudah jelas lagi bersuluh bahawa mengelakkan diri dari perkara yang syubhah@syubhat itu amatlah penting kerana benda-benda yang berbentuk makanan yang syubhah dan haram ini akan menjadi darah daging kita sekaligus boleh mempengaruhi akhlak kita di masa hadapan. Wallahua'lam.

Kesimpulannya,pujangga berharap sangat agar kita dapat menuruti arahan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan pada kali ini. Jika keputusan badan-badan berteraskan ISLAM sudah kita tidak patuhi,apakah kita mahu mengikut keputusan badan-badan bukan Islam? Kita punya akal,mari bersihkan hati dan fikiran kita dan terimalah keputusan ini sewajarnya. Sekiranya bir halal ini sudah terbukti HALAL, minumlah balik seperti biasa. Ikhlas dari Hoi! AMIRUL ARIF. sekian



p/s : pujangga fobia bila dengar tentang status halal barangan makanan dan minuman ni sebab tak pasal teringat tentang meatball IKEA. Tak sampai sebulan buat pertama kali pujangga makan,terus status HALALnya diragui =.= nasib oh nasib...

2 Komen Hoi!!!:

vampire's lovex berkata... [Reply]

hoi !! dah kata tak kompem lagi halal ke tak...x yah la mngada nak minum jugak kan..minum air masak je sudahhhh..

hehe

FareedSairi berkata... [Reply]

Salam Bro :)pertama kali kenal air ni masa stat keje. tu pun senior yg perkenalkan.kalo tak,tak penah tahu. kita ni mmg pelik sikit, taktau apa yg sedap sedangkan teh tarik n sebagainya lagi sedap n lagi murah dr air ni.tp masih nak pilih yg ni gak.Gaknya kita kena buat kempen mari menjauhi perkarasyubhah. hohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...