Followers

Rabu, 9 November 2011

Hoi! Pesta Janin kini di Malaysia?

Hah akhirnya setelah sekian lama pujangga tidak berkarya di Hoi! AMIRUL ARIF ini, hari ini pujangga diberikan kesempatan untuk berkongsi sedikit cerita dengan para pembaca sekalian.

Sebenarnya artikel kali ini merupakan lanjutan bagi salah satu artikel yang pernah pujangga karang tak lama dahulu iaitu Hoi!!! Antara MANUSIA dan HAIWAN. Dibawah ini akan pujangga tunjukkan mengenai Pesta Janin di Singapura . Sila hayati video di bawah ini hanya di Hoi! AMIRUL ARIF dan pujangga akan berikan sedikit ulasan dibawahnya.


Apa perasaan anda semua selepas menyaksikan Pesta Janin ini? Negara yang sekecil Singapura dan masyarakat Melayu nya merupakan kaum minoriti telah mengalami peningkatan jumlah pembuangan anak yang begitu drastik sekali. JANGAN LUPA! video Pesta Janin ini menceritakan tentang peningkatan pembuangan bayi bagi remaja Melayu Singapura sahaja. APA? Ya, Melayu!!!

Orang kata "Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri". Pujangga sebenarnya malas nak pandang ke negara luar padahal negara sendiri pun apa kurangnya. Antara sedar tak sedar, dari tahun 2005 sehingga Januari tahun ini statistik menunjukkan yang sebanyak 517 kes pembuangan bayi telah dilaporkan. Melalui jumlah ini, 203 kes adalah bayi lelaki, 164 bayi perempuan dan 150 bayi tidak diketahui jantinanya *. 

*Nota : Bagi kes yang tidak diketahui jantina bayi, ia adalah kerana keadaan mayat yang telah reput dan bedah siasat tak dapat dilakukan. :'(

Andai kata tidak membebankan,kita sedekahkan Al-Fatihah pada bayi-bayi ini
Adakah kita tidak punya perasaan bila melihat gambar di atas? JANGAN LUPA!  517 kes pembuangan bayi di Malaysia itu adalah kes yang dilaporkan. Bagaimana dengan kes yang tidak dilaporkan? Bayi-bayi yang dibuang di dalam tong sampah,tandas dan yang berlaku di pedalaman? Pujangga yakin bahawa Pesta Janin di Singapura kini semakin aktif  di Malaysia. Jika anda lihat video di atas, remaja-remaja Singapura ini dengan angkuhnya berkata mereka telah meramaikan penunggu syurga hanya dengan fakta bayi adalah tidak berdosa dan akan terus masuk syurga. Adakah kita selaku rakyat Malaysia akan membenarkan agar ramai pasangan yang melahirkan penunggu syurga? =.= 
 
Yang terakhir, pujangga sebenarnya amatlah tidak bersetuju dengan panggilan ANAK HARAM bagi bayi-bayi luar nikah dan dibuang, bagi pujangga setiap bayi itu adalah suci dari dosa dan sebenarnya tidak bersalah. Mungkin panggilan yang sesuai adalah ANAK MAK BAPAK HARAM JADAH ? *pengecualian panggilan ini kepada mangsa rogol . Jangan kita salahkan lagi anak-anak ini, kita patut menyalahkan mak bapak mereka yang berzina dan menggelapkan masa depan insan tak berdosa.

p/s 1 : terima kasih kepada classmate yang tunjukkan video diatas sewaktu kelas TITAS
p/s 2 : sekian hanya di Hoi! AMIRUL ARIF

1 Komen Hoi!!!:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

pergh, xsgka video yg aku show msok blog ko... hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...