Followers

Sabtu, 2 Jun 2012

Hoi! Semangat Kenegerian Menjahanam Bangsa

Selamat bertemu kembali setelah pujangga agak lama menyepikan diri dari dunia blogging ini. Pujangga tergerak hati untuk menulis topik kali ini iaitu "Hoi! Semangat Kenegerian Menjahanam Bangsa" atas sebab pujangga lihat isu ini makin membebankan pemikiran ramai masyarakat Malaysia yang sedia maklum memang penuh masalah. Tanpa membuang masa, silakan membaca sedikit sebanyak ulasan ringkas pujangga mengenai semangat kenegerian ini hanya di Hoi! AMIRUL ARIF.

Percaya atau tidak,pujangga sebenarnya telah menjumpai salah satu faktor yang mungkin menyebabkan mengapa begitu mudah masalah perkauman antara kaum iaitu Melayu,Cina dan India mahupun Bumiputera berlaku kebelakangan ini. Bak kata pepatah "semut di seberang lautan nampak jelas,bangkai gajah depan mata tak nampak" kita sebenarnya terlampau memfokuskan isu yang besar iaitu perkauman sedangkan masalah semangat kenegerian tak dapat ditangani. Jangan sesekali kita beranggapan bahawa peristiwa 13 MEI 1969 yang melibatkan dua KAUM iaitu MELAYU dan CINA tak akan berlaku lagi sebaliknya kita perlu berwaspada akan kemungkinan berlaku insiden yang lebih dahsyat lagi iaitu  rusuhan antara NEGERI atau semangat kenegerian terutamanya dalam kalangan orang MELAYU sendiri. Fikir-fikirkan.

Adakah semangat kenegaraan tidak sepenting semangat kenegerian?
Apa sebenarnya yang dikatakan semangat kenegerian ini? ikut pemahaman pujangga , semangat kenegerian ini bermaksud semangat taksub akan negeri kelahiran dengan mengagungkan dialek percakapan, makanan, cara bersosial dalam kehidupan seharian.Masalah yang membuatkan ramai antara kita yang tidak bernegeri ini adalah bila kelompok-kelompok yang mengagungkan semangat kenegerian lebih dari semangat kenegaraan ini makin melampau dan meloyakan tekak dan mata masyarakat yang memandang. Kenyataan ini bukan untuk mencetuskan kemarahan mahupun ketidakpuasan hati mana-mana pihak sebaliknya ikhlas untuk memberi teguran tentang masalah yang akan berlaku sekiranya perkara ini tidak ditangani.

Pujangga akan memberikan beberapa contoh, masalah dan situasi bagi menjelaskan mengenai masalah ini :
  1. Insiden ini yang paling kerap berlaku di negara kita, seringkali kita melihat terdapat kelompok-kelompok mahupun kumpulan yang berpaksikan negeri-negeri di Malaysia ini ketika di sekolah, universiti, tempat kerja mahupun sekeliling kita. Sikap kelompok-kelompok ini yang kononnya terlampau "mencintai" negeri, makanan dan masyarakat senegeri ini sehingga sanggup menganggap anak-anak dari negeri mereka adalah yang terbaik dan penuh nilai positif sehingga tidak boleh bergaul dengan rakan-rakan yang bukan senegeri. Perlukah sesama rakan yang beragama Islam dan berbangsa Melayu bersikap sombong,hanya berbahasa dialek sendiri dan mengasingkan diri dari rakan-rakan hanya kerana bukan senegeri? Adakah ini yang didambakan oleh YAB Perdana Menteri yang memperkenalkan semangat 1 MALAYSIA???
  2. Situasi ini boleh dijumpai di universiti-universiti tempatan di Malaysia. Pernah atau tidak saudara mahupun saudari mendengar Persatuan Anak Sarawak, Persatuan Anak Kelantan, Persatuan Anak Kedah dan sebagainya? Bagi pujangga, kewujudan persatuan komuniti seperti ini adalah baik kerana dapat mengeratkan hubungan sesama anak negeri di perantauan ataupun universiti yang jauh dari negeri halaman akan TETAPI beberapa aktiviti yang dianjurkan mungkin secara langsung atau tidak langsung menguris hati anak-anak negeri lain mahupun anak-anak wilayah. Adakah wajar sekiranya aktiviti seperti jamuan hari raya,sukaneka,bertemu pemimpin mahupun majlis tidak rasmi yang diadakan hanya dihadkan kepada pelajar-pelajar dari negeri mereka sahaja? kenapa tidak dibuka kepada umum dan ditonjolkan penganjurannya adalah oleh kerajaan mahupun persatuan anak negeri? Penyelesaian ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat. Jika masalah bajet menjadi ukuran,mungkin dengan mengehadkan kuota dapat membantu sebagai contoh majlis hanyalah untuk 150 terawal. 
  3. Semangat kenegerian akan memuncak dan mencapai klimaks apabila melibatkan acara sukan sebagai contohnya bola sepak. Tak kira samada negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Pahang, Melaka, P.Pinang, Selangor, Perak, N.Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor mahupun Wilayah Persekutuan pasti mempunyai penyokong-penyokong sendiri yang kebanyakannya obses dan fanatik dengan semangat kenegerian. Semangat menyokong negeri kelahiran sekaligus menyokong bola sepak tempatan amatlah digalakkan tetapi adakah perbuatan menghina penyokong negeri lain,bergaduh sesama sendiri dan permusuhan antara negeri boleh dibiarkan??? Contoh semangat kenegerian menjijikkan yang terbaru adalah bila ada penyokong sebuah negeri ini nekad mahu memboikot skuad Malaysia hanya kerana pemimpin tempatan mereka dikenakan tindakan oleh FAM. Pemikiran sempit seperti inikah yang akan memajukan bola sepak Malaysia aka HARIMAU MALAYA?
Pujangga rasa situasi,contoh dan penyelesaian di atas akan membuka sedikit sebanyak mata rakyat Malaysia atau setidak-tidaknya mata pembaca-pembaca blog Hoi! AMIRUL ARIF ini .Perkara ini mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pihak, percayalah selagi belum terkena takkan terasa. Malaysia ini adalah negara yang kecil yang berbilang bangsa dan budaya,jangan ditambah lagi masalah di Malaysia ini dengan Semangat Kenegerian Yang Menjahanam Bangsa terutama antara kaum Melayu yang semakin lemah ini. Bukalah mata wahai rakyat Malaysia,cintailah negerimu dan sanjungilah negaramu. 

Sekian Terima Kasih -pujangga-


2 Komen Hoi!!!:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata... [Reply]

kat U..grup2 negeri ni haaa yg patik x suke...cb kawan dengan semua..

Chicago Pneumatic berkata... [Reply]

Wah, ternyata di Malaysia sendiri terdapat masalah seperti ini ya, Nice post anyway, keep writing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...