Followers

Monday, 16 July 2012

Hoi! IMPIAN dan KENYATAAN

Apa agaknya yang membezakan perkataan "IMPIAN" dan "KENYATAAN" di dalam kehidupan kita semua?. Jikalau difikir-fikirkan semula 2 perkataan yang berbeza inilah yang sebenarnya mempengaruhi setiap perkara dan perbuatan di dalam kehidupan seharian kita sebagai insan yang hidup di muka bumi ini. 

     Tanpa sedar kita semua sebenarnya telah pun mempunyai impian sebaik sahaja kita mampu berkata-kata seawal usia 3-4 tahun lagi. Siapa yang masih teringat kenangan ketika berusia 3-4 tahun dan mula petah untuk berbicara, kita mula meminta sesuatu dari ibu bapa kita, mengimpikan mempunyai alat-alat permainan yang menjadi kegilaan rakan-rakan sebaya. Jika tidak teringat sebab ketika itu masih kecil mungkin dengan memerhatikan keadaan sekeliling dan anak-anak yang dikalangan usia yang pujangga sebutkan tadi perkara sama pasti akan dapat dilihat. Anak-anak sekarang makin dimanja dan disuapkan dengan kebendaan, secara tidak langsung mereka berani untuk mempunyai impian untuk mendapatkan sesuatu yang sebenarnya diluar kemampuan orang tua mereka.

     Bagaimana pula dalam konteks golongan dewasa? Anda pernah teringin untuk mempunyai kereta atau sesuatu barang yang sudah lama diidamkan? Itu sebenarnya yang dinamakan impian. Walaupun impian ini sebenarnya mampu dicapai , itu pujangga gelarkan sebagai impian terlaksana. Kalau kita pergi secara mendalam sikit akan perkara berkaitan impian ini, entah berpuluh kali kita telah pun kecewa kerana tak semua impian ini mampu terlaksana. Bukan kerana kita ni tiada usaha untuk cuba mencapaikan impian itu sebaliknya perkataan kenyataan yang membayangi kegagalan impian kita semua.

     Apa sebenarnya definisi Kenyataan ini? kenyataan bagi pendapat pujangga adalah sesuatu perkara yang munasabah dan sesuatu yang realiti bukan fantasi. Antara contoh kenyataan yang seringkali berlaku adalah kita seringkali iri hati dengan kekayaan orang lain dan kenyataannya adalah mereka memang kaya secara keturunan dan kenyataan bagi kita pula ada mengikut rasional kita memang tak mampu nak ikut cara hidup orang kaya. Mungkin kita mengimpikan untuk berkawan dengan seseorang yang popular di tempat kita belajar mahupun bekerja tetapi kenyataannya kita akan terpaksa bersaing dengan ramai lagi manusia yang mempunyai impian yang serupa dengan kita. Selalunya kenyataan ini adalah benda yang pahit kerana kenyataan adalah sesuatu perkara yang realistik manakala kebanyakan dari kita hidup dengan fantasi dan impian yang materialistik. Mungkin nampak berbelit apa yang pujangga sampaikan ini * tapi takdalah serumit blog Jaya Negara* hehe.


     Kesimpulannya entri kali ini bukanlah berbentuk fakta seperti selalunya sebaliknya hanya sedikit diskusi ringkas mengenai dua entiti yang dinamakan impian dan kenyataan. Kedua-duanya tanpa disedari mempunyai perkaitan antara satu sama lain sekaligus mempengaruhi hidup kita. Pujangga rasa mungkin tak ramai yang berminat nak membaca mengenai entri ini tapi tak mengapa kerana pujangga akan membuat beberapa entri lagi sepanjang cuti ini. Semua perbincangan dan entri-entri yang memberatkan minda ini hanya di Hoi! AMIRUL ARIF

salam

0 Komen Hoi!!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...